Kem Interaksi Remaja 2009

Pada 6 hingga 8 Februari 2009 yang lalu, satu program anjuran Badan Dakwah dan Rohani Kolej Tun Syed Nasir, Kelab Kesenian Islam, dan JAKSA Kerohanian Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia telah berlangsung. Program ini diberi nama “Kem Interaksi Remaja 2009” dengan bertemakan ‘Tautan Hati Remaja Muslim’. Program ini telah disertai oleh 49 orang peserta yang terdiri daripada 16 peserta lelaki dan 33 peserta perempuan. Program ini telah berlangsung selama tiga hari dua malam di Nur Lembah Pangsun, Training Camp & Eco Resort, Hulu Langat, Selangor.

Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk jati diri peserta selain mendedahkan kompetensi generik dari segi pengurusan organisasi dan program, semangat kerjasama dan saling toleransi. Selain itu juga, program ini bertujuan untuk menerapkan aspek kerohanian untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian setiap peserta. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program berlangsung.

Be Sociable, Share!

No related posts.