Misi Bantuan Banjir Papisma Malaysia 2014/15

Bantuan perubatan dan pendidikan kesihatan Papisma Malaysia.

Papisma Malaysia merupakan sebuah NGO perubatan dan kesihatan. Majoriti ahli terdiri daripada doktor-doktor perubatan, pergigian, ahli farmasi, jururawat dan pelbagai bidang kesihatan yang lain. Fokus utama fasa 1 bantuan banjir, disamping membekalkan keperluan mangsa banjir adalah bantuan perubatan serta pendidikan kesihatan.

Dalam satu-satu masa, semasa musibah banjir di Kelantan sedang memuncak, pasukan perubatan dan bantuan yang dihantar dari pusat-pusat bantuan banjir samada di Kota Bahru ataupun di Kuala Krai boleh melebihi 10 pasukan bantuan sehari.

Peranan yang kami laksanakan ini hanyalah sebagai komplimentari terhadap tugasan agensi-agensi kerajaan yang sedia ada.

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang datang dari seluruh negara untuk turut membantu.
—-
Dana Pembangunan Pasca Banjir Papisma Malaysia

Maybank PAPISMA 5530 1010 8828
Bank Islam PAPISMA Kelantan 030180 1015 2059

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. PAPISMA sumbang RM3,000 : Misi bantuan banjir Kedah, Perlis
  2. Bantuan Banjir Ke Johor