MamaPride – “Marternity Garment, Aurat Friendly”

Shah Alam, 31hb Jan – Alhamdulillah, sesi pengenalan seluar bersalin mesra aurat, ‘Mamapride’ disampaikan oleh Dr Khairul Afnan Khalid, Project Manager bagi produk Mamapride. Terciptanya produk ini adalah atas kesedaran doktor-doktor Muslim yang mengharapkan agar sistem perubatan di Malaysia menuju ke arah patuh syariah atau ‘syariah compliance’. Sepertimana produk-produk lain, contohnya pinjaman- i, kad kredit- i, takaful, Halal –Hub dan seumpama dengannya. Juga peningkatan kesedaran masyarakat berkenaan halal haram dalam bidang perubatan seperti isu ubat dari sumber babi/ porcine, isu derma organ dan isu aurat antara pesakit dan doktor yang hangat diperkatakan pada satu ketika dulu sehingga mendapat perhatian di kaca televisyen dan para asatizah.

Idea asal seluar ini adalah dari Dr Harmy Yusoff yang merupakan Pakar Perubatan Keluarga, mantan presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan penulis buku Fikah Perubatan pada 5 tahun yang lepas. Namun disebabkan kekangan masa dan komitmen, idea ini hanya ‘terletak dibawah meja’ sehinggalah di’bangun’kan semula oleh Dr Khairul Afnan ketika beliau berlayar diatas kapal ketika sedang bertugas.
Seluar Mamapride ini telah dilancarkan oleh YB Hajjah Mumtaz pada 16 Jun 2014 sempena Sambutan Hari Wanita 2014 di Dewan Kelantan Trade Centre juga telah mendapat pengiktirafan dan sokongan dari Mufti Kelantan dan Mufti Wilayah Persekutuan dalam memenuhi tuntutan fardu kifayah dikalangan umat Islam. Malah kajian persepsi di hospital sekitar Kota Bharu menunjukkan 95.5% para ibu mengatakan perhatian terhadap isu aurat adalah PENTING ketika besalin.

Dalam menghadapi cabaran inovasi dan ekonomi masa kini, seluar Mamapride yang juga merupakan produk PERTAMA di Malaysia telah di’paten’kan bagi menyahut usaha meningkatkan inovasi dan ‘patent’ dikalangan bumiputra yang masih rendah. Malah negara kita yang diisytihar sebagai Halal-Hub masih dikuasai 90% dari kalangan non-muslim. Namun cabaran sebenarnya adalah berhadapan dengan pengguna itu sendiri yang juga barangkali dikalangan umat Islam.

Dalam usia yang masih belum setahun jagung ini, pelbagai reaksi telah diterima, samada diperingkat masyarakat dan pihak hospital itu sendiri. Alhamdulillah, setakat ini pelbagai repons postitif diberikan, malah kata-kata sokongan agar produk ini dapat menambat hati masyarakat Malaysia amnya. Pelbagai penambahbaikan dilaksanakan sejak keluaran ‘batch’ pertama, idea-idea yang disuntik oleh para doktor samada MO atau Pakar serta pelbagai variasi warna dalam memenuhi permintaan pelanggan.

Kepada para ibu, para bapa dan keluarga tercinta, pilihan terletak ditangan anda. Kami hadiahkan anda seluar mesra bersalin mesra aurat.
“Marternity Garment, Aurat Friendly”
MamaPride…. Like and Share

Sumber: Fb Dr Masyitah Locman

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Fikah Perubatan & HMI
  2. Wanita & Kemanusiaan
  3. Misi Bantuan Banjir Papisma Malaysia 2014/15