Papisma Malaysia cakna keatas nasib umat Islam seluruh dunia. Penubuhan Pusat Perlindungan dan Bimbingan Wanita Sinar Hijrah, penghasilan MamaPride (seluar bersalin mesra aurat) pula merupakan antara komitmen Papisma Malaysia memartabat wanita muslim di Malaysia.

Islam datang dengan mengangkat martabat wanita dan kewanitaan. Dalam sejarah kemanusiaan, Adam sebagai manusia pertama di dunia didampingkan dengan Hawa. Zuriat berkembang. Lelaki dan wanita punya hak dan tanggungjawab yang ditetapkan Allah menurut fitrah kejadian mereka. Papisma Malaysia melihat agenda kewanitaan (feminisme) yang dicanang oleh sebahagian pertubuhan tidak menyeluruh dalam membantu wanita yang terjebak dengan masalah.

Atas inisiatif serampang dua mata, Papisma Malaysia menubuhkan sebuah rumah perlindungan untuk wanita khusus kepada remaja/ wanita yang terlanjur. Tujuan penubuhan Sinar Hijrah (pusat Perlindungan dan Bimbingan Wanita) adalah disamping memberi perlindungan, pendidikan dan tarbiyah kepada remaja/ wanita yang terlanjur berzina, disamping itu menyelamatkan satu nyawa daripada menjadi mangsa pembuangan bayi. Telah setahun rumah perlindungan ini beroperasi di Johor dan lebih 20 pelatih mendapatkan khidmat di Sinar Hijrah.

Papisma Malaysia juga membuat perhubungan dan kerjasama atau bergabung dengan mana-mana Pertubuhan berdaftar peringkat nasional atau antarabangsa yang mempunyai tujuan yang selari dengan pertubuhan ini. Kerjasama dengan beberapa NGO seperti Yayasan Amal Malaysia dan Muslim Care membolehkan misi-misi bantuan perubatan/ kesihatan dapat dihantar ke negara-negara bergolak seperti Palestin dan Suriah.

Penubuhan Tabung Dana Kemanusiaan Papisma (DAKAP) yang diuruskan oleh muslimat Papisma cawangan Kelantan juga suatu usaha memastikan sumbangan dana dapat dioptimum.

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Bengkel ‘brainstorming’ penubuhan pusat perlindungan dan bimbingan wanita
  2. Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP)
  3. Papisma Menghantar Wakil Misi Kemanusiaan ke Padang, Indonesia
  4. Misi Kemanusiaan Amal-PAPISMA ke Bangladesh Sempena Taufan Sidr
  5. Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia ke Padang