Papisma Malaysia sangat menggalakkan ahli-ahlinya menghasilkan penulisan samada berbentuk akademik atau separa akademik mahupun jurnal berimpak. Antara penerbitan yang berada di pasaran dan dihasilkan dikalangan ahli Papisma Malaysia adalah Buku Vaksin untuk Bayi Anda- antara Mitos dan Realiti tulisan Dr Suhazeli Abdullah, buku Fekah Perubatan tulisan Dr Harmy dan rakan-rakan, Merokok Ketagihan yang Harus dihentikan oleh Dr Harmy, himpunan cerpen Seharum Kasturi Putih tulisan Dr Awisul dan rakan-rakan serta pelbagai jurnal penerbitan lain yang dihasilkan secara individu.

Antara lain, Papisma Malaysia berazam membantu meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan dan sektor kesihatan terutama di kawasan pedalaman sehinggalah ke peringkat nasional melalui aktiviti-aktiviti kebajikan, kesedaran kesihatan, penulisan-penulisan akademik, kenyataan media dan lain-lain. Disamping membimbing ahli dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan di Malaysia melalui berbagai kaedah yang ada seperti media, rawatan kesihatan percuma, bengkel-bengkel kesihatan, ceramah-ceramah, pameran dan sebagainya.

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Jom Sumbang Artikel!