Antara program yang menjadi teras kepada perkhidmatan Papisma Malaysia kepada masyarakat adalah program khidmat kesihatan dan pemeriksaan perubatan secara percuma samada secara statik atau secara ziarah ke rumah pesakit (home visit). Selain itu program khatan perdana peringkat cawangan dijenamakan semula kepada Program Khatan Nusantara-ASEAN untuk meluaskan sasaran dakwah.

Matlamat utama penubuhan Papisma Malaysia adalah untuk membimbing ahlinya dan umumnya kepada masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang penjagaan kesihatan dan perubatan. Selain itu menjadi hasrat sebagai sebuah NGO kesihatan, supaya ahlinya dilengkapi dengan ilmu kemahiran kepakaran dan seterusnya dapat menaikkan imej sebagai sebuah organisasi Islam di dalam masyarakat.

Program Khatan Nusantara-ASEAN merupakan program yang dicetuskan untuk memberikan khidmat kepada masyarakat di pedalaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta sekitar negara ASEAN atas prinsip dakwah. Disamping bertemu, menyemai dakwah dikalangan warga pedalaman, selain itu memberikan khidmat berkhatan secara moden dan percuma.

Ia diaspirasikan sendiri oleh Presiden Papisma Malaysia, Dr Awisul Islah b Ghazali untuk memberikan peluang kepada masyarakat sekitar nusantara dan negara-negara Asean menjalani proses khatan dengan teknik moden yang selamat dan pembiusan yang menghilangkan rasa sakit keterlaluan. Melalui kaedah ini diharapkan dapat mengurangkan pendarahan dan komplikasi jangkitan kuman.

Akhirnya, besarlah harapan agar Papisma Malaysia menjadi sebuah organisasi yang melahirkan tenaga kesihatan yang bermotivasi tinggi dan lengkap dengan kemahiran professional, beramal dengan kesihatan menyeluruh, akhirnya menjadikan organisasi ini meneraju profesyen perubatan yang boleh mengubah dunia perubatan ke arah lebih sejahtera.

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Khatan Nusantara PAPISMA siri II 2013 di Pulau Mabul, Sabah (13-16/9/2013)
  2. Khatan Nusantara Batam, Indonesia 2013 (AMAL Johor & PAPISMA)
  3. TRAVELOG DAKWAH 2010 bermula!
  4. Kembara Dakwah PAPISMA Sabah
  5. Forum Rejuvinasi Dakwah UIAM