Penubuhan Akademi Fikah Perubatan, mewujudkan hospital pakar yang patuh syariah dan merangka modul menyeluruh Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan iltizam Papisma Malaysia membantu masyarakat nasional dan global memahami dan menjiwai kaedah serta sistem perubatan dan perawatan yang selari dengan al-Qur’an dan Sunnah serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Pelbagai isu dan permasalahan terkini wujud dalam dunia Islam sejajar dengan berkembang pesatnya ilmu sains terutama sekali sains perubatan. Permasalahan seperti euthanasia, pendermaan organ, bank susu ibu dan isu pembedahan kosmetik merupakan isu yang telah diperbincangkan lebih 10 tahun lepas. Isu-isu sains perubatan terkini lebih mencabar dan memerlukan cendekiawan dan ulama’ Islam bekerjasama dengan para saintis muslim untuk memahami isu sebenar sebelum keputusan secara konsensus (majma’) dapat dicapai seterusnya diaplikasikan oleh orang awam. Atas kesedaran itu, Papisma Malaysia telah menubuhkan Akademi Fikah Perubatan dengan mewujudkan panel penasihat ilmu fikah dan mencari pelapis yang dapat menjiwai dan menjuarai bidang fikah perubatan Islam di Malaysia dengan harapan satu hari nanti menjadi sandaran serta rujukan seluruh dunia Islam.

Selain itu, Papisma Malaysia juga sedang merangka modul menyeluruh bagi menjayakan Hospital Mesra Ibadah selain berusaha mewujudkan hospital-hospital pakar yang patuh syariah.

Selain itu, penghasilan seluar bersalin mesra aurat MamaPride merupakan suatu usaha berterusan Papisma Malaysia yang mengharapkan sistem perubatan di Malaysia menuju ke arah patuh syariah (syaria compliance) sepenuhnya.

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Buku Fikah Perubatan Sedia Di Miliki…
  2. Pelancaran Buku Fikah Perubatan
  3. Seminar Perubatan Islam Zon Utara 2012
  4. Peranan Anggota Perubatan dan Paramedik di dalam Dakwah
  5. Skim Wakaf Tunai Buku Fekah Perubatan