Musibah Kuala Krai turut mendapat perhatian sebuah NGO dari London

Kuala Krai, 28hb Jan – Musibah banjir besar di Kelantan akhir tahun lepas terus mendapat simpati dan perhatian masyarakat pelbagai peringkat, dalam dan luar negara. Bro Mohamed Ziad Hafiz, salah seorang koordinator Mountain of Mercy selamat tiba dari London semalam untuk melihat sendiri suasana dan keadaan pasca banjir di Kelantan. Pertubuhan yang berpengkalan di United Kingdom dan mempunyai cawangan di beberapa negara muslim yang lain ini, telah menyampaikan sumbangan menerusi Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan Yayasan Amal Malaysia untuk bantuan pasca banjir.

Wakil Papisma Malaysia, Dr Syed Khaliq dan Sdr Ramadan telah membawa Bro Ziad untuk melawat beberapa kawasan sekitar Kg Manjor, Kg Pemberian dan Kg Manek Urai Lama di Kuala Krai yang masih jelas kelihatan sisa-sisa kemusnahan akibat banjir besar akhir tahun lepas. Mereka turut membawa Bro Zaid melawat projek ‘tube well’ telaga boreng di Sungai Udang, Kuala Krai hasil sumbangan dan usahasama Yayasan Amal Malaysia, Mountain of Mercy dan Papisma Malaysia. Mereka dibawa oleh 2 buah 4×4 milik Kelab Ekspedisi Kelantan (KEK).

Bro Zaid yang mewakili MOM dibawa untuk menyampaikan sumbangan kepada warga SM Agama Falahiah, Kuala Krai berupa tilam-tilam, lampu siling, kipas siling dan dapur memasak. Dalam musibah itu, sebahagian besar asrama dan rumah warden antara yang terjejas teruk akibat banjir, walaupun begitu bangunan kelas untuk belajar terselamat. Sebelah malamnya, rombongan ini menghadiri majlis makan malam bagi meraikan tetamu dari London ini. Bro Ziad dipertemukan dengan coordinator banjir Papisma Kelantan, Prof Zakuan Zainy. Banyak perkara dibincangkan antaranya tentang misi bantuan banjir sehinggalah misi antarabangsa termasuklah Palestin, Somalia dan Sri Lanka.

Doakan moga kerjasama ini diberkatiNYA dan akan membawakan banyak manfaat kepada semua pihak. InsyaAllah.

Bro Zaid melawat tube well di Sg Udang
Bro Zaid melawat tube well di Sg Udang
IMG-20150128-WA0013
Telaga boreng air di Sg Udang bersama wakil Yayasam Amal Malaysia cawangan Terengganu

—-

Masih ingin menyumbang?
Sumbangan masih dibuka.

Dana Pembangunan Pasca Banjir Papisma Malaysia

Maybank PAPISMA 5530 1010 8828
Bank Islam PAPISMA Kelantan 030180 1015 2059

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Trip sukarelawan dari Bangi ke Kuala Krai
  2. Program ‘Help the Helpless’ di Kuala Krai
  3. Misi kemanusiaan pasca banjir di Kg. Nuak, Kuala Krai (Khamis, 8hb Jan 2015)
  4. Ekspedisi bersama Krai 4×4 ke Mambong dan Kg Sokor
  5. Anda Menyumbang, Kami Menyampaikan (Help the Helpless di Manek Urai)