Dapur Rakyat – untuk semua

Semasa musibah banjir sedang memuncak, Papisma Malaysia dengan kerjasama beberapa NGO lain seperti Yayasan Amal Malaysia dan Muslim Care menggerakkan sebuah kerja amal kepada mangsa banjir yang dinamakan sebagai ‘Dapur Rakyat’.
Program Dapur Rakyat ini beroperasi di beberapa lokasi perkampungan yang mengalami musibah banjir dan suntikan dana diberikan dengan menyediakan makanan dan protein yang mencukupi untuk mangsa banjir. Selain itu, sukarelawan yang bertungkus lumus juga mendapat manfaat dengan program dapur rakyat ini.
Tujuan program ini adalah menyediakan makanan kepada mangsa banjir dikala mereka kesibukan dan keletihan menghadapi musibah banjir dan keperluan untuk mengemas tinggalan dikediaman masing-masing selapas banjir surut.
Antara Dapur Rakyat tajaan Papisma Malaysia yang beroperasi ialah di Manek Urai Lama dan Maahad Rahmaniah Kuala Krai selain di beberapa tempat di Tanah Merah.

IMG_45443225438586
Sumbangan peralatan untuk dapur rakyat

IMG_254918023199620

Dapur rakyat di Manek Urai Lama
Dapur rakyat di Manek Urai Lama
Program aqiqah untuk keperluan mangsa banjir dengan kerjasama Jabatan Verterinar Kelantan
Program aqiqah untuk keperluan mangsa banjir dengan kerjasama Jabatan Verterinar Kelantan
Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Pelancaran Tabung Gaza Rakyat Malaysia- Papisma
  2. Jaulah Tarbawi ke Jordan untuk PRIMED 2014 dan sumbangan Tabung Prihatin DAKAP
  3. Majlis Penyerahan Tabung Gaza Rakyat Malaysia-PAPISMA kepada AMAL Malaysia
  4. Salam Lebaran Buat Semua!!!