Papisma Malaysia di Sempadan Jordan-Suriah

Sempadan Jordan-Suriah, 9hb Nov: Jaulah perkongsian ilmu Prof Madya Dr Zakuan Zainy Deris dan isteri ke Jordan sebagai memenuhi undangan mewakili Papisma dalam program Konvensyen Hewi anjuran Mahasiswa Malaysia di Jordan.

Bersama anak-anak pelarian Suriah di kem pelarian Jordan
Bersama anak-anak pelarian Suriah di kem pelarian Jordan

Prof Madya Dr Zakuan Zainy bin Derisb dan isteri, Ustazah Wan Nor Ainon bt Wan Abdullah membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Fiqh Wanita dan perubatan – Cabaran wanita moden’ dan bersama-sama dengan Ustazah Ainun Mardhiah bt Ismail untuk satu lagi slot ‘Tanyalah pakar’.

Di kesempatan yang sama, PM Dr Zakuan turut membawa sumbangan berbentuk kewangan daripada ahli-ahli Papisma Malaysia dan orang ramai untuk disumbangkan kepada pelarian Suriah di kem-kem pelarian sempadan Jordan-Suriah melalui koordinator Muslim Care di sana.
Sebahagiannya disumbangkan kepada pembinaan madrasah yang dikelolakan oleh Muslim Care Malaysia.

Selain itu, beliau dan isteri turut meluangkan masa bersama pelajar-pelajar Malaysia di Mansurah, Mesir untuk sesi perbincangan bertajuk ‘Fiqh Perubatan : Suatu Pengenalan’.

Mewakili Papisma Malaysia
Mewakili Papisma Malaysia
Program bersama Mahasisi Malaysia di Jordan
Program bersama Mahasisi Malaysia di Jordan
Bersama pelajar di Mansurah Mesir
Bersama pelajar di Mansurah Mesir

 

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Jaulah Tarbawi ke Jordan untuk PRIMED 2014 dan sumbangan Tabung Prihatin DAKAP
  2. Dua wakil Papisma Malaysia ke misi “Miles of Smiles; The Road to Rebuilding Gaza”
  3. Majlis Penyerahan Tabung Gaza Rakyat Malaysia-PAPISMA kepada AMAL Malaysia
  4. Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP)
  5. Pelancaran Tabung Gaza Rakyat Malaysia- Papisma