Anda Menyumbang, Kami Menyampaikan (Help the Helpless di Manek Urai)

Manek Urai, 15hb Jan – Program “Help The Helpless – Back To School” diteruskan dan pada hari ini PAPISMA Kelantan bersama sukarelawan dari sahabat Papisma Selangor/ Kuala Lumpur berkesempatan turun ke Manek Urai, Kuala Krai mengagihkan 500 set uniform sekolah dan beg sekolah.

1492264_706884979409024_1215206208265569371_o
Sukarelawan memberikan sumbangan kepada penduduk Manek Urai

Majlis penyerahan tersebut diwakili oleh Yb Hj Fauzi yang juga adun Manek Urai dan akan diedarkan kepada para pelajar di Kampung Sungai Sok dan Kampung Cucur Teri yang majoriti kawasan kediaman mereka musnah dalam banjir besar yang melanda Kelantan 23 Disember yang lalu.

Misi Kemanusian PAPISMA diteruskan dengan menjalankan program pemeriksaan kesihatan di Kampung Lata Rek dan ‘home visit’ di sekitar Lata Rek dan menziarahi pesakit strok di Manek Urai.

Ribuan terima kasih buat semua para penderma atas sumbangan yang telah diberikan. Juga terima kasih buat semua sukarelawan yang mengorbankan masa tenaga demi memastikan program hari ini berjalan lancar.

Sumber: Papisma Malaysia Cawangan Kelantan

 

#Pray4PantaiTimur #PrayForPantaiTimur #pray4kelantan #banjirkelantan
————–
Bantulah mereka untuk kembali bangkit.
Sumbangan kewangan boleh terus disalurkan kepada;

Akaun PAPISMA :
Maybank
5530 1010 8828
Dr Zaihan 012-9850123

PAPISMA Kelantan
Bank Islam
030180 1015 2059
Dr Suhana 012-9555842

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. ‘Help The Helpless – Back To School’ Papisma Malaysia di Temangan, Machang.
  2. Program Pasca Banjir Papisma Malaysia 'Back to School- Help the Helpless'
  3. Trip sukarelawan dari Bangi ke Kuala Krai
  4. “Help The Helpless – Back To School”
  5. Program Kami Prihatin Papisma Johor