Program ‘Help the Helpless’ di Kuala Krai

Kuala Krai, 17hb Jan – Alhamdulillah, inisiatif yang digerakkan oleh Papisma Malaysia mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak. Program ‘Back to School’ yang pada awalnya digerakkan oleh sakretariat Dana Kemanusiaan Papisma (Dakap) mendapat suntikan baru daripada Koordinator Bantuan Banjir Papisma Malaysia. Program yang dinamakan sebagai ‘Help the Helpless – Back to School’ ini turut mengambil kira nasib anak-anak yang ditimpa musibah banjir di Kelantan, penghujung tahun lepas.

Sumbangan berupa pakaian dan keperluan persekolahan pada kali ini sebahagian besarnya mendapat tajaan daripada BMMB (Bank Muamalat) dan AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions Malaysia) serta sumbangan daripada orang ramai menyumbang dalam tabung bantuan banjir Papisma Malaysia.

Dato' Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad menyampaikan sumbangan kepada murid-murid SK Banggol Guchil, Kuala Krai.
Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad menyampaikan sumbangan kepada murid-murid SK Banggol Guchil, Kuala Krai.

Destinasi pertama gabungan sukarelawan daripada Papisma Malaysia, Persatuan Pegawai Sains Husm, Kelab Kebajikan Perpustakaan Hamdan Tahir USM, Kelab Tautan Nurani CRI CHS, dan Persatuan Sarjana Lanjutan PERSALA adalah menyerahkan sumbangan kepada wakil guru Maahad Shukriah, Kuala Krai untuk keperluan pelajar maahad.

Rombongan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu SK Banggol Guchil. Turut berada disana adalah Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad dan beliau telah menyampaikan sumbangan kepada murid-murid SK Banggol Guchil, Kuala Krai.

Destinasi terakhir rombongan yang diketuai oleh Prof Dr Harmy b Yusoff (Penasihat Papisma) adalah SM Agama Falahiah Sg Sok, Kuala Krai. Rombongan daripada Bank Muamalat turut menyumbang almari bagi kegunaan sekolah tersebut.

Semoga sumbangan ini mampu menambah keceriaan pelajar-pelajar untuk meneruskan sesi persekolahan yang baru.

Sukarelawan yang terlibat
Sukarelawan yang terlibat
10922637_707707699326752_7614325096412455014_n
Penyerahan sumbangan kepada wakil guru Maahad Shukriah, Kuala Krai
Suasana di SK Banggol Guchil, Kuala Krai.
Suasana di SK Banggol Guchil, Kuala Krai.
Suasana di SK Banggol Guchil, Kuala Krai.
Suasana di SK Banggol Guchil, Kuala Krai.
Prof Dr Harmy b Yusoff (Penasihat Papisma) meneyrahkan sumbangan kepada guru SM Agama Falahiah Sg Sok, Kuala Krai.
Prof Dr Harmy b Yusoff (Penasihat Papisma) meneyrahkan sumbangan kepada guru SM Agama Falahiah Sg Sok, Kuala Krai.

 

#Pray4PantaiTimur #PrayForPantaiTimur #pray4kelantan #banjirkelantan
————–
Bantulah mereka untuk kembali bangkit.
Sumbangan kewangan boleh terus disalurkan kepada;

Akaun PAPISMA :
Maybank
5530 1010 8828
hq_papisma@yahoo.com.my
Transaksi maklumkan kpd Dr Zaihan 012-9850123

PAPISMA Kelantan
Bank Islam
030180 1015 2059
Dr Suhana 012-9555842

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Anda Menyumbang, Kami Menyampaikan (Help the Helpless di Manek Urai)
  2. Trip sukarelawan dari Bangi ke Kuala Krai
  3. Misi kemanusiaan pasca banjir di Kg. Nuak, Kuala Krai (Khamis, 8hb Jan 2015)
  4. Program Pasca Banjir Papisma Malaysia 'Back to School- Help the Helpless'
  5. ‘Help The Helpless – Back To School’ Papisma Malaysia di Temangan, Machang.