Projek Telaga Boreng (Tube Well)

Papisma Malaysia cawangan Kelantan telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai projek boring air kepada kawasan banjir di sekitar Kelantan. Projek ini merupakan kerjasama dan usaha sama dengan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT). PAPISMA merupakan penyumbang dana bersama-sama YAMCT. Manakala YAMCT turut menyediakan tenaga mahir dalam kerja-kerja tinjauan kesesuaian, pemantauan dan pemasangan.

Tujuan utama projek ini adalah menyediakan kemudahan air yang lebih bersih dan selamat kepada penduduk yang terjejas kerana masalah banjir dengan kemudahan air daripada telaga tiub (tiub well).

Syarat umum untuk pemasangan adalah tempat tersebut adalah tempat awam yang boleh dimanfaatkan orang ramai dan mempunyai individu yang sanggup bertanggungjawab dan menjaga tempat pemasangan tersebut dengan baik bagi memastikan keselamatan mesin dan alatan.

Beberapa tempat yang dicadangkan untuk diusahakan projek uni adalah;
Pondok sungai durian (L)
Pondok sungai durian (P)
Masjid kuala krai
Maahad ansori laloh
Terasil gual ipoh
Masjid kg rahmat
Surau Tmn Sri Pinang
Surau Tmn Abu Bakar
Guchil
PASTI Gual Ipoh
Surau Taman Gual Ipoh

————–
Bantulah mereka untuk kembali bangkit.
Sumbangan kewangan boleh terus disalurkan kepada;

Akaun PAPISMA :
Maybank
5530 1010 8828
Dr Zaihan 012-9850123

PAPISMA Kelantan
Bank Islam
030180 1015 2059
Dr Suhana 012-9555842

Be Sociable, Share!

No related posts.