Misi kemanusiaan pasca banjir di Kg. Nuak, Kuala Krai (Khamis, 8hb Jan 2015)

Catatan misi kemanusiaan pasca banjir Papisma Malaysia ke Kg. Nuak, Kuala Krai oleh Dr Shazif Othman dan Dr Munirah Hishamshah
Khamis, 8hb Jan 2015
——
Alhamdulillah, rombongan kami selamat tiba ke Kg Nuak, di Kuala Krai. Keadaan di sana, daripada 25 buah rumah, tinggal 6 saja yang masih boleh diduduki. Rosak teruk dan ada setengahnya yang tiada tapak langsung.

Kami berjumpa dengan beberapa warga emas yg tidak dapat bekalan makanan selama 3-4 hari semasa banjir. Semasa kami melakukan pemeriksaan perubatan/kesihatan terdapat ada 2 orang yang kami syaki mendapat jangkitan paru-paru, darah tinggi dan gula dalam darah tidak terkawal; dan ada seorang mendapat serangan asma. Hujan selama 2 hari berturut-turut menyebabkan penduduk tidak dapat ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Disebelah bahagian belakang kampung pula, kesemua 11 buah rumah hanyut dan setengahnya tapak rumah pun tidak kelihatan. Jalan utama sudah tidak boleh dilalui kerana terdapat kayu balak besar yang menghalang laluan.

————–
Bantulah mereka untuk kembali bangkit.
Sumbangan kewangan boleh terus disalurkan kepada;

Akaun PAPISMA :
Maybank
5530 1010 8828
Dr Zaihan 012-9850123

PAPISMA Kelantan
Bank Islam
030180 1015 2059
Dr Suhana 012-9555842

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)'s photo.
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)'s photo.
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)'s photo.
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)'s photo.
Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. PAPISMA sumbang RM3,000 : Misi bantuan banjir Kedah, Perlis
  2. Bantuan Banjir Ke Johor