Trip sukarelawan dari Bangi ke Kuala Krai

Alhamdulillah, Trip Rombongan Bangi-Kuala Krai 3-6 Januari 2015 yang membawa Sukarelawan JASA-YDH-Sahabat PAPISMA telah selamat pergi & pulang ke destinasi awal pagi semalam

Rombongan tersebut disertai Sahabat PAPISMA yang berdaftar sebagai Sukarelawan Ops Banjir PAPISMA; dengan kerjasama Jaringan Siswazah Malaysia & Yayasan Darul Hijrah membawa lebih 30 peserta dengan sebuah bas, dua buah 4×4 dan dua kereta.

Mereka bermalam di Kg Telekung, Kuala Krai sebelum bertugas di Kampung Pasir Era, Mukim Kuala Nal yang terjejas teruk akibat banjir; termasuk membantu membersihkan rumah, mengedarkan barangan keperluan yang disumbangkan penderma, memberikan rawatan & ubatan kepada penduduk kampung & mengadakan Jamuan Rakyat. Mereka turut mendirikan khemah sebagai tempat tumpangan & berteduh sementara menggantikan rumah mangsa banjir yang musnah.

Rombongan turut melawati Kampung Manek Urai & mengedarkan sumbangan barangan keperluan sebelum pulang ke Ibukota membawa pengalaman yang sangat berharga.

Terima kasih kepada sukarelawan yang berdaftar dengan Sahabat PAPISMA; begitu juga dengan JASA & YDH yang sudi bekerjasama dengan PAPISMA

 

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)'s photo.
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)'s photo.
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)'s photo.
Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Berkhatan di Kuala Berang
  2. Kenyataan Akhbar PAPISMA: Serangan Askar Yahudi ke atas kapal sukarelawan LifeLine4Gaza
  3. Khidmat kesihatan di Kuala Terengganu
  4. Mesyuarat Exco PAPISMA Pusat di Kuala Terengganu