Misi Dakwah dan Kebajikan Tongod Sabah Anjuran NGO Muslim Care dengan kerjasama NGO PAPISMA dan SABAH CARE

SANDAKAN, 1 Oktober 2014 – Satu misi dakwah dan kebajikan ke kawasan pedalaman Daerah Tongod, Sabah diadakan baru-baru ini di antara 27 September sehingga 30 September 2014 melibatkan NGO Muslim Care sebagai ketua misi dan PAPISMA selaku NGO kesihatan. PAPISMA menghantar 3 orang wakil doktor perubatan iaitu Dr Azrin bin Omar, Dr Najmi bin Zulkefli dan Dr Syafiq bin Hamdani dalam misi tersebut. Misi ini turut melibatkan NGO Sabah Care sebagai koordinator utama bagi melicinkan perjalanan misi dakwah Negeri di Bawah Bayu Sabah ini.

Misi ini dengan objektif untuk menyampaikan sumbangan kepada daerah terpencil pedalaman Sabah di samping menyampaikan mesej-mesej dakwah memilih Kampung Penengah dan Kampung Keramuak sebagai 2 destinasi kunjungan untuk berbakti kepada masyarakat. Perjalanan ke destinasi masing-masing telah memakan masa selama 2 jam perjalanan yang cukup mencabar dalam merentasi denai-denai hutan dari pekan kecil Daerah Tongod.

IMG_17262519930541

PAPISMA melalui wakil yang terlibat melaksanakan misi dengan jayanya dalam memberikan khidmat kesihatan percuma di kedua-dua kampung tersebut. Ternyata khidmat ini memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat rentetan daripada kekurangan bekalan ubatan dan pergantungan hanya semata-mata kepada khidmat klinik desa yang serba kekurangan

PAPISMA diketuai wakilnya, Dr Azrin bin Omar yang juga selaku Timbalan Presiden I PAPISMA  menyatakan bahawa misi dakwah dan kebajikan ini adalah satu kejayaan memberangsangkan dan akan menjadi titik tolak kepada PAPISMA selaku NGO kesihatan untuk terus mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan dakwah sebegini.

PAPISMA melahirkan rasa syukur di atas kejayaan misi ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketiga-tiga doktor PAPISMA yang terlibat. Setinggi-tinggi perhargaan juga diberikan kepada pihak NGO Muslim Care dan Sabah Care atas usaha kerjasama yang cukup membanggakan.

Pihak PAPISMA berharap agar kerjasama antara NGO-NGO ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kelangsungan kebajikan dan dakwah di Negeri di Bawah Bayu, Sabah.

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Kembara Dakwah PAPISMA Sabah
  2. Khatan Nusantara PAPISMA siri II 2013 di Pulau Mabul, Sabah (13-16/9/2013)
  3. Forum Amal-Papisma di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Sabah
  4. PAPISMA sumbang RM3,000 : Misi bantuan banjir Kedah, Perlis