Dua wakil Papisma Malaysia ke misi “Miles of Smiles; The Road to Rebuilding Gaza”

Assalamualaikum warahmatullah

Dua orang sahabat yang mewakili Papisma Malaysia, Dr Azaharim Omar (Pakar Bius) dan Dr Hanif Ahmad Madzian (Pembedahan) sedang dalam perjalanan ke Turki bagi menghadiri konferens bersama-sama NGO-NGO antarabangsa, di Istanbul. Mereka akan turut disertai teman-teman wakil dari Yayasan Amal Malaysia dan Muslim Care.

Wakil Papisma Malaysia tersebut akan menghadiri “First Conference of International Public Foundation To Aid Gaza” di Istanbul, Turki pada 30-31hb Ogos 2014.

Seterusnya mereka akan menyertai misi “Miles of Smiles; The Road to Rebuilding Gaza” selama seminggu pada sehingga 6 september membawa bersama sumbangan, misi dan harapan rakyat Malaysia untuk di sumbangkan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Semoga perjalanan dan urusan kemasukan ke Gaza dipermudahkan, dan membawa natijah yang baik InsyaAllah.

Innallaha Ma’ana.

– Seluruh Kepimpinan dan Ahli Papisma Malaysia –

10635963_10204641090568892_767721172656339843_n
Kiri: Dr Azaharim, Kanan: Dr Haniif
10646973_10204641091368912_6521239626505591338_n
Wakil Papisma Malaysia ditemani keluarga dan teman di KLIA
10403408_10204641090968902_6862915165003573279_n
Antara pimpinan Papisma Malaysia yang hadir
Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Pelancaran Tabung Gaza Rakyat Malaysia- Papisma
  2. Majlis Penyerahan Tabung Gaza Rakyat Malaysia-PAPISMA kepada AMAL Malaysia
  3. Papisma Menghantar Wakil Misi Kemanusiaan ke Padang, Indonesia
  4. Dr Syed Abdul Khaliq Selamat menjejaki kaki ke bumi Gaza, Palestine