Bengkel ‘brainstorming’ penubuhan pusat perlindungan dan bimbingan wanita

PhotoGrid_1389938817557

Batu Pahat, 17hb Jan- Pusat perlindungan dan bimbingan wanita yang akan beroperasi di Batu Pahat ini berhasrat untuk memberi didikan dan bimbingan kepada wanita yang terlanjur khususnya dengan harapan agar golongan ini bertaubat, mendapat perlindungan dan bimbingan serta diterima oleh keluarga dan masyarakat. Sepertimana rumah/ pusat perlindungan wanita terlanjur yang lain, kami juga komited menyelamatkan masa depan 2 nyawa yang menjadi pertaruhan dalam keterlanjuran tersebut, iaitu ibu dan terutamanya bayi yang dikandungkan agar fenomena dan kes-kes buang bayi dapat dibasmi.

Pusat perlindungan dan bimbingan ini dinaungi oleh sebuat pertubuhan yang tidak berorientasikan keuntungan, iaitu Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA). PAPISMA merupakan organisasi yang mempunyai lebih 500 orang keahlian, dianggotai oleh golongan yang terlibat secara langsung dalam bidang kesihatan seperti doktor perubatan, doktor pergigian, ahli farmasi, pegawai dietetik dan pemakanan, kejururawatan dan sebagainya.

Alhamdulillah, Jumaat lepas telah berlangsung sesi bengkel untuk menyelaras dan memberi kefahaman kepada penggerak penubuhan rumah perlindungan ini. Kami juga berbesar hati mendapat input dan pandangan daripada Ummi, pengasas Rumah Perlindungan Baitussolehah yang beroperasi di Skudai.

PhotoGrid_1389938719451

Segala urusan pertanyaan dan kemasukan ke SINAR HIJRAH boleh e-mail kepada

pengurus@sinarhijrah.org

Atau boleh SMS: 013-3886335 (Dr Normasrina, Pengurus)

Laman sesawang SINAR HIJRAH

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Jamuan Hari Raya PAPISMA Pusat 2009
  2. Mesyuarat Papisma Pusat bil 1/2011
  3. Dr. Kita di Felda Kemahang 2
  4. Mesyuarat Papisma Pusat Bil 9/2012
  5. Jamuan Hari raya Papisma Pusat