Jaulah Tarbawi ke Jordan untuk PRIMED 2014 dan sumbangan Tabung Prihatin DAKAP
image
Wakil PAPISMA tiba di Jordan
image
Sesi interaksi bersama mahasiswa/i Jordan
image
Antara mahasiswa/i yang hadir
image
Program PRIMED
image
Bergambar bersama urusetia PRIMED
image
Kem pelarian Syria di Jordan
image
Anak-anak Syrian di Jordan
image
Menyampaikan sumbangan kepada 54 keluarga pelarian Syria

Pada 5hb hingga10hb Disember 2013 lepas, PAPISMA telah menghantar 3 orang wakil untuk menjayakan sebuah program yang dianjurkan oleh mahasiswa/i perubatan dan pergigian di Jordan. Wakil PAPISMA yang terdiri daripada 2 orang doktor perubatan dan seorang doktor pergigian, iaitu Dr Muhammad Azrin b Omar, Dr Syed Abdul Khaliq dan Dr Khairul Fikri telah terbang ke timur tengah untuk memberi pengisian bersempena Professional Medical and Dental Career (PRIMED) 2014.

Wakil-wakil PAPISMA yang berada di bumi Urdun bagi memenuhi jemputan mahasiswa Jordan tersebut turut juga meluangkan masa melawat kem pelarian warga Syria di Irbid. Sejumlah sumbangan yang telah dikumpul melalui Tabung Prihatin, Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) telah disampaikan oleh kepada sejumlah 54 keluarga di sana, yang diharapkan dapat mengurangkan beban mereka menghadapi musim sejuk sekitar bulan Disember. 

Program lawatan dan penyampaian sumbangan ini turut dibantu oleh wakil dari MuslimCare. 

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Program Kami Prihatin Papisma Johor
  2. Sumbangan Fakir miskin Bersama Presiden
  3. Sumbangan Ramadhan oleh SMART Papisma Terengganu
  4. Sumbangan Anak Yatim Kelantan
  5. Pelancaran Tabung Gaza Rakyat Malaysia- Papisma