Mesyuarat Agung Tahunan PAPISMA kali ke-10 (31/8/2013)

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-10 Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) telah berlangsung dengan jayanya pada 31hb Ogos yang lepas. MAT telah berlangsung di Dewan Scout Inn Resort, Telaga Batin, Terengganu.

Tahniah dan terima kasih kepada PAPISMA Terengganu yang bertungkus lumus memastikan MAT kali ini berjaya walaupun beberapa hari sebelumnya mereka sibuk dengan persiapan serta penganjuran program NICA 2013 di tempat yang sama.

Terima kasih juga kepada perwakilan-perwakilan yang hadir dari serata pelusuk tanah air yang merangkumi cawangan-cawangan PAPISMA yang wujud dari sejauh Sabah serta Perlis dan Johor. Semoga pertubuhan yang kita naungi ini akan lebih maju mengharung cabaran mendatang.

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Ukhuwah Day dan Mesyuarat Agung
  2. National Ibnu Sina Conference and Enhancement (NICE) 2013
  3. Khatan Nusantara Batam, Indonesia 2013 (AMAL Johor & PAPISMA)
  4. Mesyuarat Exco PAPISMA Pusat di Kuala Terengganu
  5. Mesyuarat Papisma Pusat Bil 9/2012