Khatan Nusantara Batam, Indonesia 2013 (AMAL Johor & PAPISMA)

Berkhatan atau khitan adalah satu tuntutan agama dan merupakan fitrah para anbiya’. Ketika mana anak-anak kita mengharungi proses khatan ini dengan teknik moden dan pembiusan yang menghilangkan rasa sakit, ada kanak-kanak yang masih terpaksa mengharunginya dengan kaedah tradisional puluhan tahun dahulu. Kaedah yang menyakitkan dan berisiko pula untuk mendapat pendarahan dan jangkitan kuman.

Sejak beberapa tahun yang lepas, sukarelawan PAPISMA bekerjasama dengan NGO-NGO lain menjalankan program Khatan Nusantara terutamanya bersama AMAL Malaysia (Yayasan Amal Malaysia) kerana pengalaman mereka dalam khidmat antarabangsa. Kami telah merentasi sempadan geografi untuk mengkhatankan anak-anak saudara seIslam kita di Kepulauan Acheh pasca tsunami, Kepulauan Borneo, Mindanao dan pada tahun lepas di Kemboja.

Anjuran: Yayasan Amal Malaysia cawangan Johor (AMAL Johor) dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dengan kerjasama Yayasan Hang Tuah Batam
Tarikh: 30hb Jun hingga 2hb Julai 2013 (Ahad-Selasa)
Tempat: Kepulauan Batam, Indonesia

Objektif:
– Mengukuhkan kerjasama erat dan ukhuwwah organisasi NGO (badan bukan kerajaan) antara 2 negaraOK
– Solidariti dan kebersamaan aqidah dan bangsa serumpun.
– Khidmat masyarakat.
– Mengamalkan fitrah nubuwwah dengan berkhitan.
– Pendidikan penjagaan luka kepada masyarakat setempat.

Jawatankuasa:
Koordinator Malaysia: Dr Norhaimaz b Mohd Manoor (PAPISMA) dan Tn. Hj. Fauzi (AMAL Johor)
Koordinator Indonesia: Bapak Imbalo (Yayasan Hang Tuah Batam )
Setiausaha: Sdr Hud Abusiraj
Bendahari: Dr Sufian b Safaai

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Khatan Nusantara PAPISMA – Kemboja 2012
  2. Papisma Menghantar Wakil Misi Kemanusiaan ke Padang, Indonesia
  3. Pelancaran Khatan Nusantara- Program merentasi sempadan pasport dan visa PAPISMA
  4. Program Kami Prihatin Papisma Johor
  5. Misi Kemanusiaan Amal-PAPISMA ke Bangladesh Sempena Taufan Sidr