Kuliah Fiqh Perubatan PAPISMA Terengganu

Kuala Terengganu, Sabtu, 16 Feb 2013 – Satu lagi sejarah dicipta oleh PAPISMA Terengganu apabila berjaya menganjurkan Kuliah Fiqh Perubatan di sini bermula hari ini.

Kuliah ini merupakan kuliah bersiri setiap Sabtu, 3 minggu sekali bermula pukul 2.30 – 3.30 petang bertempat di dewan kuliah Masjid Bukit Besar, Pasir Panjang Kuala Terengganu. Tenaga pengajarnya ialah pensyarah yang tidak asing lagi iaitu Prof Madya Dr. Basri Ibrahim, pensyarah UNISZA.

Kuliah kali pertama ini telah berjaya menarik seramai 21 orang peserta terdiri dari ahli-ahli PAPISMA dan bukan ahli. Pendaftaran sebanyak RM50.00 dikenakan sekali sahaja dengan dibekalkan sebuah buku yang akan dijadikan teks kuliah iaitu Kaedah-Kaedah Syarak Berkaitan Isu-Isu Perubatan. Buku ini merupakan tulisan seorang ulama terkenal yang diterjemahkan oleh Prof Madya Dr. Basri Ibrahim sendiri.

Kuliah yang menyentuh pelbagai isu fiqh kontemporari itu disampaikan dengan cara yang sungguh menarik diselang-seli dengan jenaka yang menghiburkan. Mudah-mudahan dari masa ke semasa penyertaan akan bertambah insyaAllah.

Buku teks Kuliah Fiqh Perubatan

 

Sebahagian peserta yang kelihatan cukup bersemangat untuk
menuntut ilmu.
Dr. Wan Razin sedang menyampaikan ucapan aluan.
Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Jamuan Hari Raya Papisma Terengganu
  2. Sumbangan Ramadhan oleh SMART Papisma Terengganu
  3. Program Berkhatan Papisma Terengganu 2009
  4. Majlis Berbuka Puasa Papisma Terengganu
  5. Buku Fikah Perubatan Sedia Di Miliki…