(Sumber: Weblog PAPISMA Terengganu)

Kuala Terengganu, Sabtu, 8 Disember 2012 – Mesyuarat Exco PAPISMA Pusat kali ke-6 telah berjaya diadakan di rumah Bendahari Agung PAPISMA, Dr. Zaihan bt. Salleh, di Kg. Durian Mas Manir kira-kira 10 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Mesyuarat itu telah diadakan di Dewan Walet yang terletak di perkarangan rumah beliau. Ini merupakan kali ke-2 mesyuarat exco diadakan di Kuala Terengganu di mana kali pertama telah diadakan di Dewan Mesyuarat Klinik Ummi pada tahun 2009 yang lalu.

Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh seramai 13 orang ahli mesyuarat termasuk wakil cawangan, mantan Presiden, mantan Ketua GMP dan SUK PAPISMA Johor-Tengah. Mesyuarat yang bermula pada pukul 6.20 petang hingga 12.10 malam (termasuk makan malam, solat Maghrib dan Isyak) telah membincangkan pelbagai isu. Banyak keputusan telah terhasil yang akan terus menggerakkan PAPISMA untuk menghadapi tahun baru 2013 yang akan menjelang beberapa hari lagi.

Mesyuarat kali ini juga mencipta sejarah apabila ia diadakan bersama sidang akhbar dan penyampaian sumbangan derma PAPISMA kepada Palestin melalui wakil yang akan ke sana iaitu Yayasan Amal Malaysia (YAM). YAM telah diwakili sendiri oleh Presiden YAM, Tuan Haji Husin Ismail. Cek sumbangan PAPISMA sebanyak RM25,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu) telah disampaikan oleh Presiden PAPISMA, Dr. Awisul Islah Ghazali. Pada majlis tersebut YAM turut menerima sumbangan daripada IPUKL yang disampaikan oleh Setiausahanya iaitu Sdr. Dr. Mohd. Nor Azri Ab Wahab. Majlis ringkas itu juga turut dihadiri oleh wartawan akhbar tempatan.

Semua delegasi yang tinggal di luar Terengganu telah bermalam di rumah Dr. Zaihan kecuali Dr. Khairul Afnan Khalid dan Sdr. Azreen Mustafa yang terpaksa balik ke Kota Bharu kerana ada tugas yang menanti keesokannya.

Serius. Mesyuarat sedang berlangsung.
Ahli-ahli exco sedang memberi tumpuan kepada minit mesyuarat di LCD.
Masing-masing memerah idea bagi mencari sebuah solusi.
Ni yang best ni… sambil mesyuarat sambil menjamu selera…
“Inilah satu-satunya cara terbaik…” mungkin itu yang sedang
diperkatakan oleh Dr. Khairul Afnan.
LCD. Item utama mesyuarat exco PAPISMA Pusat.
Masuk korum ke tak ni? Kak Han turut mengikuti mesyuarat meskipun
duduk agak jauh

Selepas solat Maghrib berjemaah, para exco dan ahli mesyuarat menikmati makan malam yang telah disediakan.

Jom makan! Dr. Tuan Fairuz sedang mengambil hidangan.
“Ambo make dulu deh…!” Dr. Aman Fuad sedang menikmati hidangan.
Cuci mulut. Dr. Md Arif sedang mengambil puding roti
made in Durian mas.
“Ambe pantang sebenarnya dengan makan ni. Kalau diajak tak tolak!” Sdr.
Hud sedang menikmati hidangan makan malam.
“Makanan malam ni kena habis ye…” Dari kiri En. Azreen, Dr. Mohd Azri
dan Dr. Khamizi
Makan berjemaah… Selepas solat Maghrib masing-masing menjamu
selera.
Mantan Ketuan GMP, Dr. Tuan Mohd Fairuz (berdiri) turut bersama kali ini.

Selepas menikmati makan malam dan solat Isyak berjemaah (bagi yang tidak musafir), mesyuarat disambung sehingga rombongan wakil Yayasan Amal Malaysia tiba untuk majlis sidang akhbar dan sumbangan derma Palestin.

Sejarah tercipta. Sidang akhbar bersama Yayasan Amal Malaysia. Dari kiri:
Dr. Suhaini (Timb. Presiden PAPISMA), Dr. Awisul (Presiden PAPISMA),
Dr. Suhazeli (Pengerusi Yayasan Amal Negeri Terengganu) dan
Tuan Hj. Husin Ismail (Presiden Yayasan Amal Malaysia).
PAPISMA menyumbangkan cek bernilai RM25,000.00 hasil kutipan
derma ahli-ahlinya seluruh malaysia.
Tuan Hj. Husin Ismail sedang memberikan taklimat isu-isu terkini di Ghaza
dan Palestin.
Serikandi Palestin… Kak Han satu-satunya wakil muslimat PAPISMA
yang hadir pada majlis bersejarah ini.
Dr. Md Arif Ibrahim, Pengerusi PAPISMA Terengganu (kiri) turut hadir.
Kelihatan wartawan akhbar tempatan (menyandang beg) sedang
membuat liputan.
Penyampaian sumbangan PAPISMA oleh Presiden PAPISMA kepada
Presiden Yayasan Amal Malaysia.
Wakil IPUKL juga menyampaikan sumbangan yang disampaikan oleh
setiuausahanya iaitu Dr. Mohd Nor Azri.
Bergambar kenangan sempena majlis bersejarah ini.

Mesyuarat di sambung selepas sidang akhbar dan majlis penyampaian sumbangan derma kepada Palestin.

Dr. Tuan Mohd Fairuz sedang memberikan taklimat penyerahan tugas
kepada Ketua GMP yang baru.
Terus mencatit. Dr. Aman Fuad sedang mencatit perbincangan sambil
memastikan tiada satu point pun yang tertinggal.

Aksi-aksi yang sempat dirakam sepanjang mesyuarat berjalan.

“haaa… sempat main game ye…”
“Alamak! Buruk ke rambutan ni? Dah banyak yang ana telan ni!”
“Kita kenalah main injit-injit semut bagi menghilangkan ngantuk!”
“Alamak… jerawat ni timbul pulak laaa.. minggu lepas baru picit!”
“Entahlah… kepala ana juga sudah pusing ni!”
“Kejap… rasanya lebih tiga orang muslimat yang mengganggu fikiran ni!”
¬†Aksi terbaik… “Jom mandi kolam!” tuan Presiden duduk di tepi kolam ketika
mesyuarat sedang berlangsung.

Keesokannya seawal kira-kira pukul 7 pagi para exco telah bersiap untuk pulang ke destinasi masing-masing. Tuan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden masing-masing akan ke Kuala Lumpur dengan penerbangan awal pagi ini, manakala yang lain menaiki kereta.

Bersarapan pagi mee goreng basah dan nasi lemak sebelum check-out.

Alhamdulillah, sebagai tuan rumah, Dr. Zaihan dan suami sangat bersyukur di atas kesudian PAPISMA Pusat mengadakan mesyuarat di rumah mereka. Segala kekurangan moga dapat dimaafi. InsyaAllah jika delegasi PAPISMA akan mengadakan mesyuarat atau program-program lain di rumah mereka pada masa akan datang, dengan senang hati akan diterima.

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Kuala Terengganu Tumpuan Delegasi Exco Papisma Pusat
  2. Mesyuarat Papisma Pusat Bil 7/2012
  3. Mesyuarat Papisma Pusat bil 1/2011
  4. Mesyuarat Papisma Pusat Bil 9/2012
  5. Mesyuarat AJK PAPISMA Pusat di GMC