Sekilas Konvensyen Kebangsaan PAPISMA ke 10

Alhamdulillah, telah selesai program Konvensyen Kebangsaan PAPISMA ’10 (KKP’10) yang telah di anjurkan oleh PAPISMA cawangan Selatan yang diketuai oleh Dr Norhaimaz Mohd Manoor. Tahniah kerana menjalankan tanggungjawab dengan jayanya.

Proses pemilihan pimpinan sesi  ini berjalan dengan lancar melalui bantuan Sekretariat Pilihanraya PAPISMA yang dipengerusikan oleh Dr Roslan Yussof. Urusan pemilihan bermula 5 petang sehingga 11 malam dan yang menariknya proses pengundian adalah melalui sistem komputer.

InsyaAllah setakat ini tiada komen dan bisikan berlakunya konfrontasi, semuanya dijalankan dengan telus dengan kehadiran pemantau-pemantau.

   Kempen dan makluman program KKP’10 telah diumumkan melalui sms, email dan laman blog http://kkp10.blogspot.com. Hampir 100 keluarga berjaya dikumpulkan pada sesi ini, walaupun ramai yang tidak dapat hadir penuh program.

Demi ukhwah yang terbina semasa kampus dan usrah di papisma cawangan menguatkan ikatan ahli PAPISMA hadir walaupun masing-masing sibuk dengan pelbagai komitmen.

Semoga pertemuan kali ini menjadi kekuatan untuk kita berjumpa dimasa hadapan. InsyaAllah

 

 

 

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Konvensyen Kebangsaan PAPISMA 2009
  2. Selamat Datang ke Konvensyen Kebangsaan Papisma ke-10
  3. Konvensyen Kebangsaan PAPISMA 2009
  4. Kursus Induksi Papisma
  5. Khidmat Kesihatan Ketenangan PAPISMA