Good Morning Doctor” Bersama Dr. Awisul Islah Ghazali

*SABTU, 5 NOVEMBER* – Satu program motivasi santai “‘Good Morning Doctor!’” anjuran Unit Akademik PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah berjaya diadakan bertempat di Qaah Ibnu Sina. Program ini berobjektifkan untuk memberi pendedahan awal tentang kehidupan sebagai seorang doktor kepada mahasiswa/wi sains kesihatan di Mansurah. “Public figure” utama yang dibawa khas untuk program ini adalah Profesor Dr. Awisul Islah bin Ghazali. Beliau merupakan seorang pakar perunding bius, “ICU “dan Rawatan Kesakitan Kronik yang kini sedang menyelesaikan “sub-specialist” di India.

Seawal jam 9.40 pagi, mukaddimah program ini telah diceriakan oleh saudari Nurul Izzah Nasir selaku pengacara program. Program diteruskan dengan ucapan Pengarah “Good Morning Doctor!,” saudara Abdul Rahman Mohamad Shukor diikuti dengan ucapan Pengerusi PCM 2010/2011, saudara Ahmad Azizi Md Jusoh.

Kemuncak kepada intipati program diteruskan melalui slot bersama tetamu undangan Dr. Awisul Islah Ghazali. Beliau telah ditemubual oleh dua orang moderator iaitu saudara Mas’ain dan saudari Nik NurFariha Mohamed Zalami. Beliau menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang pelajar perubatan dan juga doktor pelatih.

Beliau juga menekankan aspek persediaan mental kepada para peserta sebelum melangkah masuk ke dalam dunia perubatan yang tidak pernah surut dengan masalah. Mahasiswa/wi juga diingatkan agar mempraktikkan sifat-sifat mahmudah untuk menjadi pengamal perubatan yang sentiasa membantu pesakit berlandaskan syariat Islam. Slot sembang pagi tersebut berlangsung selama dua jam dan disudahi dengan acara penyampaian cenderahati kepada Dr. Awisul.

Program berakhir pada jam 12.30 tengah hari dan disudahi dengan bacaan doa penutup oleh saudara Harith Huzainee Alhaj. Semoga program santai sebegini dapat menyuntik semangat mahasiswa/wi sains kesihatan di Mansurah agar terus berusaha dan fokus untuk meraih kecemerlangan kearah persediaan menjadi pengamal perubatan di masa hadapan.

Disediakan oleh,

Ahmad Aizat Azman.

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Selamat Beramal Bersama PAPISMA
  2. Simposium Mahasiswa Perubatan Islam
  3. Dari Mata Turun ke Hati Bersama Prof Muhaya Berjaya
  4. Dari Mata Turun ke Hati Bersama Prof Muhaya Berjaya
  5. Sumbangan Fakir miskin Bersama Presiden