PAPISMA Kelantan akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 20 Ogos 2011. Butiran program adalah seperti berikut:

Program : Iftar Ramadhan 1432H PAPISMA Kelantan
Tarikh : 20 Ramadhan 1432H bersamaan 20 Ogos 2011 ( Sabtu )
Masa : 7.00malam- 8.30mlm
Tempat : Restoran Syam., Berek 12 Kota Bharu Kelantan.
Menu : Masakan ala Thai, Air Locong dan Kurma (Istimewa Berbuka)
Syarat : Semua Ahli di Alukan untuk bersama.
Di antara tujuan mengadakan Majlis Berbuka Puasa ini adalah bagi menegeratkan lagi hubungan silaturahim diantara ahli PAPISMA khususnya yang berada di negeri Kelantan disamping mengutip sumbangan dana dari sahabat-sahabat bagi menjalankan aktiviti-aktiviti PAPISMA Kelantan sepanjang tahun 2011/2012.
Justeru itu, kepada sahabat-sahabat yang berkelapangan, bolehlah memaklumkan kehadiran tersebut kepada saya ; syakir -019-9009321. maklum kehadiran berapa orang dewasa dan berapa kanak2. Tarikh akhir pemakluman adalah pada hari Rabu 17 Ogos 2011.
Kehadiran sahabat semua amat dialukan. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan saya. :) happy
ps: Restoran Syam ada parking baru, jangan risau pasal parking kereta. InsyaAllah dipermudahkan.
hidup beerti dengan memberi,
Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Majlis Berbuka Puasa PAPISMA Kelantan
  2. Majlis Berbuka Puasa Papisma Terengganu
  3. Jamuan Berbuka Puasa PAPISMA Perak
  4. PAPISMA Kelantan Anjur Majlis Kesyukuran
  5. Sumbangan Anak Yatim Kelantan