Pada 18 Mac baru-baru ini, PAPISMA Kelantan telah dijemput mengadakan khidmat kesihatan bersempena dengan program Bakti Mahabbah anjuran Pusat Islam Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan Rakan Masjid. Program yang telah diadakan di Felda Kemahang 2, Tanah Merah bermula jam 8.30 pagi telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat sekitar.

PAPISMA Kelantan telah menghantar empat orang wakil yang diketuai oleh Dr. Abir, Dr. Sayodi, YM Tengku Ahmad Damitri (Pegawai Sains USM) dan En. Rizwan (Farmasi Hospital Machang) memberi rawatan dan khidmat nasihat kepada para pengunjung program tersebut.

Berita ini juga turut dimuatkan didalam akhbar Sinar Harian edisi Kelantan bertarikh 21 Mac 2011.

Be Sociable, Share!

Related posts:

  1. Khidmat Kesihatan Di Sebarang Pintasan
  2. Selamat Beramal Bersama PAPISMA