KENYATAAN MEDIA PAPISMA MALAYSIA Isu: Jururawat Dipecat kerana Pakai Baju Tutup Aurat

1. Saya agak terkejut dengan pendedahan yang telah dilakukan oleh seorang jururawat muslim yang telah dipecat dari sebuah premis hospital swasta kerana isu aurat yang dipertikai oleh beliau. Malaysia, sebagai sebuah negara yang meletakkan Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, maka sewajarnya organisasi-organisasi kesihatan menghormati hak  pekerja-pekerja muslim. Saya menggesa pihak  berwajib agama seperti JAKIM dan seumpamanya mengambil langkah wajar dan proaktif  bag...
Read More

Kerahsiaan Pesakit Tanggungjawab Bersama

privacy
Premis kesihatan dan hospital adalah tempat di mana ribuan manusia datang setiap hari atas pelbagai alasan. Ada yang datang sebagai pesakit, pengiring pesakit, ahli keluarga yang melawat, rakan taulan dan pelbagai lagi tujuan lain. Premis-premis ini penuh dengan cerita suka duka, penderitaan, kegembiraan, detik cemas dan pelbagai kejadian yang tidak dapat dilihat di mana-mana premis yang lain. Sementalah itu, ia menjadikan premis ini tempat untuk mencari berita dan cerita yang semakin popular...
Read More

Hijrah: Tuniakan Hak Islam atas Profesion Kita

1 Muharram 1433H Assalamualaikum dan Salam Ma'al Hijrah. Salawat dan salam ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW tercinta yang membawa obor iman menerangi kehidupan. Salawat dan salam juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat ajma'ien yang sangat setia mengorbankan harta dan jiwa raga demi Islam, juga kepada tabi'en, tabi' tabi'en dan seluruh pendokong perjuangan Islam sehingga yaumul akhirah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota ...
Read More

SELAMAT PULANG WIRA KAMI DARI PALESTIN

Tidak ada yang lebih menggembirakan kita pada hari ini selain menyambut ketibaan wira Palestin PAPISMA, Dr. Syed Abdul Khaliq b. Syed Abd Hamid. Sudah tentu kepulangan beliau juga sangat menggembirakan ahli keluarganya. Marilah kita pada hari ini mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT di atas nikmat kurnia-Nya yang telah memberikan keselamatan dan kesihatan kepada beliau serta rombongan MAPIM dalam Misi Bantuan Gaza Kali ke-2 (Radig 2). Kita semua berharap, segala penat lelah...
Read More

Salam Akhir Ramadhan: Hidupkan Perjuangan, Muhasabah Diri Mendekatkan Kejayaan

Salam akhir Ramadhan kepada sidang PAPISMA yang dihormati, Sedar tak sedar kita telah berada di penghujung Ramadhan 1432H. Rasanya seperti baru sebulan kita meninggalkan Ramadhan yang lalu, kini Ramadhan hampir meninggalkan kita lagi. Sayunya hati, pilunya kalbu dan menyesalnya akan diri yang mensesiakan masa pada Ramadhan kali ini tidak dapat digantikan dengan apa juapun, melainkan rahmat dan keampunan Allah yang kita harapkan. Marilah kita pertingkatkan amalan dan terus berusaha mencari mal...
Read More

Pelancaran Khatan Nusantara- Program merentasi sempadan pasport dan visa PAPISMA

Assalamualaikum wrt wbt. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad Rasul junjungan, ahli-ahli baginda dan para-para sahabat semuanya. Saudara-saudariku sekalian, Untuk sekian lama kita dipisahkan dengan passport dan visa, kita dipisahkan dengan bahasa dan bangsa, kita dipisahkan dengan warna kulit dan rupa paras, kita dipisahkan dengan titik-titik garisan pada peta dunia.. Sedangkan Nabi Allah Muhammad menyatukan kita sekaliannya daripada seluruh pelu...
Read More

AGENDAKAN BAITUL MUSLIM DALAM PAPISMA

AGENDAKAN BAITUL MUSLIM DALAM PAPISMA Sahabat-sahabiah Sekalian.. Setiap kita mengimpikan rumahtangga bahagia. Rumah yang berseri dengan suami isteri yang saling kasih-mengasihi dan sayang-menyayangi. Keluarga yang berseri dengan hilai tawa anak-anak. Keluarga yang diserikan dengan warna-warni kehidupan yang membahagiakan. Ditambah dengan kehidupan yang diserikan dengan syariat Islam sehingga melahirkan suasana yang soleh dan taqwa. ”Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menc...
Read More

PAPISMA Ucap Tahniah Langkah Tubuh Tabung Khas

Usaha Kerajaan Selangor Bebaskan Umat Islam Dari Belenggu Industri Arak Wajar Dicontohi. PAPISMA Ucap Tahniah Langkah Tubuh Tabung Khas Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) mengucapkan syabas dan tahniah di atas keperihatinan pihak kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di atas usaha menubuhkan tabung khas bagi menyelamatkan umat Islam daripada terjebak dengan industri arak yang merupakan dosa besar dalam Islam meskipun hanya bekerja ...
Read More

MENDAMAIKAN PERBEZAAN PANDANGAN DAN PENDAPAT

Assalamualaikum Wrmh Wbth Muqaddimah “Ayah rasa kita kena utamakan perkara ini dulu kerana ….bla…bla…bla”, saya cuba terangkan  kepada isteri saya sebab-sebab mengapa saya perlu mengutamakan sesuatu perkara…” Tapi umi rasa yang ni pun penting jugak, memandangkan kita sekarang ni…bla…bla…bla..”. Begitulah patah-patah biasa perkataan yang selalunya berlaku bila saya berbeza pandangan tentang sesuatu perkara dengan isteri saya, sehinggalah mencapai satu keputusan akhir atau kadang-kadang berm...
Read More

Jadikan Kecemerlangan Akademik Salah Satu Penanda Aras Pencapaian

Syawal telah pun berlalu dan Zulqaedah menunjukkan wajahnya. Bakal-bakal tetamu Allah sedang bersiap-sedia menyahut seruan melaksanakan panggilan Haji ke Mekah. Saya menyeru ahli-ahli Papisma yang telah mempunyai kemampuan kewangan yang cukup agar segera mendaftar untuk menunaikan fardu haji dengan agensi rasmi Tabung Haji Malaysia. Ini adalah kerana senarai menunggu adalah panjang dan lama, sedang mengerjakan haji adalah satu Rukun. Musim ini juga adalah musim peperiksaan. Peperiksaan UPSR tel...
Read More