Portal Pencarian & Koleksi berkaitan Fikah Perubatan

Kenali Kami

Akademi Fikah Perubatan merupakan sebuah unit di bawah Papisma Malaysia.

Unit ini dibentuk sejajar dengan matlamat penubuhan Papisma Malaysia yang sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantu masyarakat nasional dan global memahami dan menjiwai kaedah serta sistem perubatan dan perawatan yang selari dengan al-Qur’an dan Sunnah serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Pelbagai isu dan permasalahan terkini wujud dalam dunia Islam sejajar dengan berkembang pesatnya ilmu sains terutama sekali sains perubatan. Permasalahan seperti euthanasia, pendermaan organ, bank susu ibu dan isu pembedahan kosmetik merupakan isu yang telah diperbincangkan lebih 10 tahun lepas.

Isu-isu sains perubatan terkini lebih mencabar dan memerlukan cendekiawan dan ulama’ Islam bekerjasama dengan para saintis muslim untuk memahami isu sebenar sebelum keputusan secara konsensus (majma’) dapat dicapai seterusnya diaplikasikan oleh orang awam. Atas kesedaran itu, Papisma Malaysia telah menubuhkan akademi Fikah Perubatan dengan mewujudkan panel penasihat ilmu fikah dan mencari pelapis yang dapat menjiwai dan menjuarai bidang fikah perubatan Islam di Malaysia dengan harapan satu hari nanti menjadi sandaran serta rujukan seluruh dunia Islam.

Panel-panel penasihat AKP terdiri daripada;
1. Dr Harmy Mohd Yusof
2. Prof Madya Dr Basri Ibrahim
3. Dr Abdul Basit Abdul Rahman
4. Dr Rosediani Muhammad
5. Uztazah Wan Ainon Wan Abdullah

AKP juga mendapat kerjasama yang penuh dari JHEAINK (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan) dan beberapa jabatan agama negeri yang lain. Sealin itu, AKP juga sedang merangka modul menyeluruh bagi menjayakan Hospital Mesra Ibadah.

Panel penasihat dan tenaga akademi yang kompetan dan sentiasa mendahului dalam bidang fikah perubatan.

1 Comment

  1. Naily Madiha Ramli's Gravatar Naily Madiha Ramli
    April 12, 2015    

    Assalamualaikum wbt,

    Saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, modul Hospital Mesra Ibadah yang dicetuskan oleh pihak Akademi Fikah Perubatan. Di mana boleh saya dapatkan maklumat dan informasi yang lengkap berkenaan dengan modul ini?

    Sekian, terima kasih
    Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>