Portal Pencarian & Koleksi berkaitan Fikah Perubatan

Ubat Tidak Halal: Apa Yang Semua Orang Perlu Tahu…

wpid-Fikah_Perubatan-320x487-e1354780654400.jpeg

image

HUKUM BERUBAT:

Harus: ketika orang awam masih mampu menanggung kesakitan, dapat bersabar ataupun penyakit belum teruk.
Wajib: wajib jika tidak mampu menanggung kesakitan yang dialami.

Sunat: sekiranya berubat dengan niat mengikut sunnah Nabi Muhammad.

Haram: pesakit beriktikad (percaya) yang menyembuhkan adalah selain Allah atau berubat dengan bahan yang haram.    

Bila Ubat Tidak Halal Harus Digunakan??    

Bagi menjawab soalan ini, kita perlu memahami Istilah Darurat, Hajjiyat dan Tahsiniyyat

a. DARURAT- keperluan paling penting utk semua manusia.  ia bertujuan menghindarkan kemudaratan kepada agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Jika 5 elemen diancam kerosakan (mafsadah) maka agama memberikan keringanan (rukhsah). Namun keringanan ini sekadar cukup untuk keperluan. Dalilnya adalah surah Al-Ana’m ayat 145. Namun keringanan ini tidak boleh dilakukan sewenangnya tanpa sebarang kaedah:      
 i. Keadaan darurat benar-benar berlaku.      
 ii. Memastikan tiada benda halal lain yang boleh diambil melainkan yang haram sahaja.       
iii. Sekiranya ada benda halal, dipastikan pengambilan benda halal itu TIDAK DAPAT       MENGHINDARKAN MUDHARAT daripada menimpa pesakit.       
iv. Dalam keadaan terdesak tidak boleh melanggar prinsip islam yang asasi (nyawa, maruah, harta, akal, keturunan). Contoh: melacur untuk rawatan yang menyelamatkan nyawa keluarga.       
v.  mengambil yang haram itu sekadar perlu sahaja.       
vi. Bagi posedur rawatan, keperluan pengambilan bahan haram DISAHKAN oleh doktor yang adil dan boleh dipercayai agama dan ilmunya.     Contoh Keadaan Darurat Perubatan: tidak berpuasa kerana penyakit yang mengancam nyawa, doktor memberikan ubatan jenis dadah untuk menyelamatkan nyawa, pengambilan vaksin bagi mengelakkan wabak bahaya.  

b. HAJIYYAT Hajiyyat adalah keperluan yang dapat menghindarkan kesulitan yang dihadapi namun tidak mengancam keselamatan agama, nyawa, akal, keturunan,  dan harta. Keperluan jenis ini juga mengharuskan apa yang dilarang. Contoh dalam hal perubatan: melihat kemaluan bagi tujuan khatan,  melakukan pembedahan merenggangkan jari yang melekat  

c. TAHSINIYYAT   Tahsiniyyat adalah keperluan yang hanya menambah keselesaan bukannya menghindarkan kesukaran.  Keperluan jenis ini tidak mengharuskan apa yang diharamkan. Contoh: memandulkan wanita dengan tujuan menjaga kecantikan.    

NOTA: Diolah dan diringkaskan dari buku FIKAH PERUBATAN keluaran PTS MILENNIA. Penjelasan terpeinci boleh dirujuk di dalam buku berkenaan. PAPISMA mengucapkan terima kasih kepada semua pengarang dan penerbit buku tersebut.  

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>