Portal Pencarian & Koleksi berkaitan Fikah Perubatan

Hukum Ethyl Alcohol @ ethanol Sebagai Bahan Sanitasi

wpid-ethylalcohol.jpeg

image

ISU: Adakah ethyl alcohol @ ethanol dari fermentation of sugar cane@tebu halal untuk digunakan sebagai bahan sanitasi?

PENJELASAN: Ethanol atau etil alkohol (ethyl alcohol) adalah sejenis alkohol yang biasa digunakan di dalam pembuatan minuman keras (arak). Selain untuk tujuan tersebut, ia juga digunakan sebagai bahan api, bahan pembersihan (sanitasi) dan lain-lain.Dalam menjawab isu yang dikemukakan, keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 adalah dirujuk. Muzakarah memutuskan:“…bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis”.Justeru, jika sekiranya ethanol/alkohol etil adalah terhasil daripada proses pembuatan arak iaitu melalui proses penapaian, maka ia termasuk dalam alkohol yang mengambil hukum-hakam arak iaitu ia adalah najis, dan tidak boleh digunakan untuk proses sanitasi. Tetapi jika sekiranya penghasilan ethanol/alkohol etil tersebut bukannya melalui proses pembuatan arak, maka ia tidak dihukum sebagai najis dan boleh digunakan untuk sanitasi. 
Wallahu A’lam.

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>