Portal Pencarian & Koleksi berkaitan Fikah Perubatan

Hukum berubat dengan bahan haram

food_additives

food_additivesDarurat dalam berubat, berlaku apabila terhalang kesembuhan sesuatu penyakit melainkan berubat dengan bahan-bahan yang diharamkan. Dalam hal ini para ulama fiqh berbeza pendapat. Ada antara mereka ada yang berpendapat berubat itu tidak dianggap sebagai darurat yang sangat mendesak seperti halnya makan ketika kebuluran.

Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis Nabi yang mengatakan, “Sesungguhnya ALLAH tidak menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang DIA haramkan atas kamu.” (Riwayat Bukhari)
Sementara itu, ada juga yang menganggap keadaan seperti itu sebagai keadaan darurat, sehingga dianggap berubat dengan bahan haram apabila darurat itu sama seperti makan yang haram ketika kebuluran, dengan alasan bahawa kedua-duanya itu sebagai suatu keharusan untuk kelangsungan hidup.
Dalil yang dipakai oleh golongan yang membolehkan makan yang haram apabila berubat kerana terdesak, ialah hadith Nabi yang berhubung dengan kebenaran baginda untuk memakai sutera kepada Abdur-Rahman bin Auf dan az-Zubair bin Awwam lantaran penyakit yang dideritai oleh kedua-duanya, padahal memakai sutera pada dasarnya adalah dilarang dan diancam.
Jika dilihat, pendapat yang kedua lebih mendekati kepada jiwa Islam yang selalu melindungi kehidupan manusia dalam seluruh Syariat dan suruhannya. Tetapi kebenaran (rukhsah) dalam menggunakan ubat yang haram itu harus mengikut syarat-syarat berikut:
1.      Terdapat bahaya yang mengancam kehidupan manusia jika tidak berubat dengannya.
2.      Tiada ubat lain yang halal sebagai ganti ubat yang haram itu.
3.      Adanya suatu perakuan dari seorang doktor muslim yang dipercayai dan amanah dalam pemeriksaannya mahupun agamanya (i’tikad baiknya).
Kami katakan demikian sesuai dengan apa yang kami ketahui, dari realiti yang ada dari hasil penyelidikan doktor-doktor yang dipercayai, bahawa tidak ada darurat yang membolehkan makan barang-barang yang haram seperti ubat. Tetapi kami menetapkan suatu prinsip di atas adalah sekadar ikhtiyat’ (bersiap sedia dan berhati-hati) yang sangat berguna bagi setiap Muslim, yang berkemungkinan dia berada di suatu tempat yang tiada  ubat di situ kecuali yang haram.
“Sumber : dialihbahasa dan disunting dari e-mail. ”
“* Pihak Fiqh Medic

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>