Portal Pencarian & Koleksi berkaitan Fikah Perubatan

Monthly archives for July, 2011

Penggunaan Ubat Penyakit Jantung Bagi Pesakit-pesakit Yang Sedang Berpuasa

Ubat yang digunakan untuk merawat pesakit jantung yang sedang berpuasa tanpa dimasukkan melalui rongga anggota, tidak membatalkan puasanya dengan syarat diyakini air liurnya tidak masuk melalui rongga.     Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=50

Menggugurkan Janin Pembawa Atau Pengidap Penyakit Thalassaemia

a) Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri. b) Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu. c) Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah […]

Pelalian Rubela (imunisasi Rubela)

Vaksin Rubela yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa ini tidak najis dan hukumnya harus digunakan untuk suntikan dalam badan bagi mencegah penyakit rubela. Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=49

Pemisahan Rawatan “Brain Death”

Memisahkan rawatan antara pesakit-pesakit yang telah kematian otak atau ‘brain death’ dengan pesakit-pesakit yang masih mempunyai peluang untuk dipulih di Unit Rawatan Rapi adalah tidak bercanggah dengan Islam. Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=47

Post-mortem Mayat

Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau simati tertelan benda yang berharga atau simati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup. Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=43

Fatwa Mengenai Pendermaan Organ

Isu : Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Islam Sarawak oleh subseksyen (3) seksyen 38 Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan), Majlis telah, melalui Jawatankuasa Fatwa yang telah sebulat suara meluluskan satu fatwa dan berikutan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa itu, yang bertindak bagi pihak dan atas nama Majlis, telah mengeluarkan fatwa itu mengikut subseksyen (2) seksyen […]

Penggunaan Hormon FSH-P (Otak Babi) Dalam Pembiakan Ternakan

Jawapan 1. Hormon FSH-P (Otak Babi) iaitu bahan penggalak yang diperolehi daripada otak babi adalah najis mughallazah dan haram digunakan dalam apa juga bentuk sekalipun sama ada untuk tujuan pembiakan dan sebagainya. Pengharaman ini berasaskan kepada syubhah dan saddudhara’i. 2. Anak-anak binatang ternakan yang dihasilkan pembiakannya daripada FSH-P (Otak Babi) adalah diharamkan daripada dimakan daging […]

Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya

Keputusan : i. Menderma darah hukumnya harus. ii. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam. iii. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah tidak digalakkan.