Fekah Perubatan

Hukum berubat dengan bahan haram
Darurat Berubat dengan Bahan Haram

Darurat dalam berubat, berlaku apabila terhalang kesembuhan sesuatu penyakit melainkan berubat dengan bahan-bahan yang diharamkan. Dalam hal ini para ulama fiqh berbeza pendapat. Ada antara mereka ada yang berpendapat berubat itu tidak dianggap sebagai darurat yang sangat mendesak seperti halnya makan ketika kebuluran.

Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis Nabi yang mengatakan, “Sesungguhnya ALLAH tidak menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang DIA haramkan atas kamu.” (Riwayat Bukhari)

Sementara itu, ada juga yang menganggap keadaan seperti itu sebagai keadaan darurat, sehingga dianggap berubat dengan bahan haram apabila darurat itu sama seperti makan yang haram ketika kebuluran, dengan alasan bahawa kedua-duanya itu sebagai suatu keharusan untuk kelangsungan hidup.

Dalil yang dipakai oleh golongan yang membolehkan makan yang haram apabila berubat kerana terdesak, ialah hadith Nabi yang berhubung dengan kebenaran baginda untuk memakai sutera kepada Abdur-Rahman bin Auf dan az-Zubair bin Awwam lantaran penyakit yang dideritai oleh kedua-duanya, padahal memakai sutera pada dasarnya adalah dilarang dan diancam.

Jika dilihat, pendapat yang kedua lebih mendekati kepada jiwa Islam yang selalu melindungi kehidupan manusia dalam seluruh Syariat dan suruhannya. Tetapi kebenaran (rukhsah) dalam menggunakan ubat yang haram itu harus mengikut syarat-syarat berikut:

1.      Terdapat bahaya yang mengancam kehidupan manusia jika tidak berubat dengannya.

2.      Tiada ubat lain yang halal sebagai ganti ubat yang haram itu.

3.      Adanya suatu perakuan dari seorang doktor muslim yang dipercayai dan amanah dalam pemeriksaannya mahupun agamanya (i’tikad baiknya).

Kami katakan demikian sesuai dengan apa yang kami ketahui, dari realiti yang ada dari hasil penyelidikan doktor-doktor yang dipercayai, bahawa tidak ada darurat yang membolehkan makan barang-barang yang haram seperti ubat. Tetapi kami menetapkan suatu prinsip di atas adalah sekadar ikhtiyat’ (bersiap sedia dan berhati-hati) yang sangat berguna bagi setiap Muslim, yang berkemungkinan dia berada di suatu tempat yang tiada  ubat di situ kecuali yang haram.

“Sumber : dialihbahasa dan disunting dari e-mail. ”

“* Pihak Fiqh Medic

Kaedah Perawatan Moden Berhubung Perkara yang Membatalkan Puasa
Sumber: Bab 28 Fikah Perubatan oleh Dr Harmy Mohd Yusoff, Ustaz Syamsul Kamal Abdullah, Dr Rosediani Muhammad dan Wan Nor Ainon Wan Abdullah

Kita mengetahui asas perbahasan fuqaha perihal perkara-perkara yang menyebabkan batalnya puasa. Perkara-perkara baru dalam isu perubatan dirujuk kepada illah yang sudah dibentangkan bagi menentukan sama ada ia membatalkan puasa ataupun tidak. Hasilnya kaedah-kaedah rawatan moden berikut didapati tidak membatalkan puasa:

1.      Menggunakan titis telinga ataupun pencuci telinga. Menggunakan ubat titis mata dan ubat titis hidung ataupun semburan hidung, sekiranya dielakkan menelan ke halkum.

2.      Menggunakan ubat yang diletak di bawah lidah (sublingual) seperti tablet nitroglycerin (GTN) yang biasanya digunakan bagi merawat sakit jantung sekiranya dielakkan menelan hingga ke halkum.

3.      Memasukkan semua bentuk rawatan ke dalam faraj yang melibatkan kemasukan alat atau ubat seperti pencucian atau air mandian, suppositori, vaginoscope, spekulum ataupun jari doktor yang memeriksa pesakit (digital examination). Ini juga termasuk memasukkan uteroscope ataupun intrauterine contraceptive device (IUD atau IUCD) dan selainnya ke dalam rahim.

4.      Memasukkan semua bentuk tiub atau bahan ke dalam badan melalui saluran kencing sama ada lelaki ataupun wanita seperti probe, urethroscope, contrast media atau ubat bagi mencuci pundi kencing.

5.      Mencabut gigi, menampal gigi, mencuci gigi atau menggosok gigi dengan siwak ataupun memberus gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

6.      Menyuntik suntikan melalui kulit ke mana-mana lapisan anatomi bukan organ penghadaman- kecuali parenteral nutrition dan cecair tenaga yang bernutrien lain seperti glukosa atau dextrosa melalui saluran darah. Cecair-cecair ini dapat menguatkan badan melalui kajian saintifik.

7.      Memberi gas oksigen, gas bius ataupun selainnya.

8.      Menyapu ubat sapuan seperti krim atau minyak pada kulit walaupun terdapat bahan kimia yang menyerap ke dalam kulit seperti pelekat berubat pada kulit.

9.      Memasukkan semua jenis tiub melalui salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung ataupun mana-mana anggota badan (chateterization).

10.  Memasukkan laparoscope ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.

11.  Menggunakan ubat kumur seperti mouth-rinsing gargle dan semburan ubat dalam mulut selagi mana tidak ditelan ke dalam tekak.

12.  Memasukkan gastroscope (teropong perut) ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan. Dalam hal ini, gastroscope tidak dianggap sebagai makanan walaupun sebahagian daripada alat itu mencecah perut dan usus kecil. Sebahagian daripada alat itu masih di luar badan. Namun begitu, perlu diingatkan, krim ataupun gel yang biasa digunakan semasa prosedur gastroscope boleh membatalkan puasa kerana ia boleh melekat di dalam perut ataupun usus.

13.  Mengambil sampel organ ataupun tisu daripada badan untuk tujuan perawatan ataupun kajian seperti hati ataupun mana-mana anggota badan (biopsi).

14.  Memasukkan apa-apa alat ataupun bahan rawatan ke dalam otak ataupun saraf tunjang.

15.  Mengambil ubat secara sedutan seperti ubat asma sama ada inhaler, tubuhaler, rotahaler dan nebulizer atau selainnya.

16.  Melakukan perawatan ataupun memasukkan ubat melalui anus (dubur).

17.  Melakukan pembedahan yang menggunakan bius penuh (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari selepas pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan. Namun begitu, sekiranya kesan daripada bius menyebabkan pesakit tidak sedar sepanjang hari berpuasa, maka tidak sah puasanya dalam keadaan tidak sedar. Syarat sah puasa hendaklah dalam keadaan sihat dan sedar.

18.  Melakukan rawatan pengganti fungsi buah pinggang sama ada peritoneal dialysis atau hemodialysis.

19.  Berbekam.

20.  Mengambil sampel darah untuk ujian makmal memindahkan daripada penderma darah ataupun orang yang menerima darah.

21.  Memasukkan semula salur darah yang terkeluar kerana penyakit buasir (hemorrhoids/piles). Buasir ialah pembengkakan dan pengembungan salur-salur darah bahagian rektum dan anus akibat dari inflamasi pada salur darah. Salur darah yang bengkak lebih terdedah kepada kecederaan dan pendarahan yang berlaku, Penulis berpandangan tidak batal puasa kerana tidak melibatkan sebarang makanan ataupun memenuhkan perut dalam proses ini.

Para fuqaha kontemporari dalam persidangan antarabangsa memutuskan kaedah-kaedah rawatan yang disenaraikan di atas tidak membatalkan puasa.

Dalam kes mengambil nebuliser terdapat ulama yang mengatakan batal puasa kerana ia mengandungi peratusan air yang akan masuk ke perut. Namun, pendapat yang mengatakan tidak batal puasa adalah lebih tepat kerana ia dianalogikan kepada berkumur-kumur dan bersiwak. Tidak dinafikan selepas berkumur-kumur, terdapat sisa air dalam kuantiti yang kecil di dalam mulut. Perkara ini dimaafkan. Begitu juga peratusan air yang terdapat dalam kandungan ubat nebuliser adalah minimum. Apatah lagi ia disembur dalam bentuk wap yang memasuki paru-paru. Kemungkinan peratusan kecil kandungan air masuk ke dalam perut dalam rawatan ini dimaafkan sama seperti amalan bersiwak dan berkumur-kumur.

Kaedah Rawatan Moden Berhubung Perkara yang Membatalkan Puasa

Walau bagaimanapun, dalam beberapa perkara adalah lebih baik berhati-hati dengan cara mengelakkan daripada melakukannya pada siang hari iaitu semasa sedang berpuasa. Selagi keadaan tidak mendesak melakukannya pada siang hari seperti menderma darah, maka hendaklah dilakukan pada malam hari. Dibimbangi akibat menderma darah, penderma letih dan memaksanya berbuka. Pendapat ini selaras dengan amalan para sahabat nabi yang mengelakkan berbekam pada siang hari semasa berpuasa.

Penggunaan Ubat Penyakit Jantung Bagi Pesakit-pesakit Yang Sedang Berpuasa
Ubat  yang digunakan untuk merawat pesakit jantung yang sedang berpuasa tanpa  dimasukkan melalui rongga anggota, tidak membatalkan puasanya dengan  syarat diyakini air liurnya tidak masuk melalui rongga.

Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=50

Menggugurkan Janin Pembawa Atau Pengidap Penyakit Thalassaemia
a)  Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari  sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan  kedua-dua suami isteri.

b) Pengguguran janin yang berumur sebelum  120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang  boleh membahayakan nyawa ibu.

c) Pengguguran janin yang telah  berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap  satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran  itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk .

Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=135

Pelalian Rubela (imunisasi Rubela)
Vaksin  Rubela yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa ini  tidak najis dan hukumnya harus digunakan untuk suntikan dalam badan  bagi mencegah penyakit rubela.

Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=49 </e

Pemisahan Rawatan “Brain Death”
Memisahkan  rawatan antara pesakit-pesakit yang telah kematian otak atau ‘brain  death’ dengan pesakit-pesakit yang masih mempunyai peluang untuk dipulih  di Unit Rawatan Rapi adalah tidak bercanggah dengan Islam.

Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=47

Post-mortem Mayat
Pembedahan  mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar  memerlukan (darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah  yang sangat memerlukan post mortem atau simati tertelan benda yang  berharga atau simati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih  hidup.

Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=43

Fatwa Mengenai Pendermaan Organ
Isu :

Pada  menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Islam Sarawak oleh  subseksyen (3) seksyen 38 Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan), Majlis  telah, melalui Jawatankuasa Fatwa yang telah sebulat suara meluluskan  satu fatwa dan berikutan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa itu, yang  bertindak bagi pihak dan atas nama Majlis, telah mengeluarkan fatwa itu  mengikut subseksyen (2) seksyen 37 Ordinan itu, membuat pemberitahuan  ynag berikut :

1. Pemberitahuan ini bolehlah dinamakan  Pemberitahuan Majlis Islam (Fatwa mengenai Pendermaan Organ), 1996, dan  hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 haribulan Januari 1997.

2. Fatwa yang berikut mengenai pendermaan organ hendaklah terpakai bagi, dan terikat kepada, semua orang Islam di Sarawak :

Fatwa :

‘Bahawa  pendermaan organ ginjal atau buah pinggang kepada pesakit buah pinggang  adalah harus tertakluk kepada syarat-syarat seperti organ ginjal atau  buah pinggang itu semata-mata untuk berubat; dan (d) Tidak dilakukan  dengan cara jual-beli’

Sumber    Ahli Lembaga Jawatankuasa Negeri Sarawak

Penggunaan Hormon FSH-P (Otak Babi) Dalam Pembiakan Ternakan
Jawapan

1.  Hormon FSH-P (Otak Babi) iaitu bahan penggalak yang diperolehi daripada  otak babi adalah najis mughallazah dan haram digunakan dalam apa juga  bentuk sekalipun sama ada untuk tujuan pembiakan dan sebagainya.  Pengharaman ini berasaskan kepada syubhah dan saddudhara’i.

2.  Anak-anak binatang ternakan yang dihasilkan pembiakannya daripada FSH-P  (Otak Babi) adalah diharamkan daripada dimakan daging dan susunya.

3.  Pihak yang berkenaan khususnya Jabatan Haiwan di seluruh negeri  hendaklah berhenti serta-merta daripada melakukan amalan penyuntikan  hormon FSH-P tersebut kepada binatang ternakan yang halal untuk tujuan  pembiakan dan sebagainya.

Sumber    Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang

Lokasi    http://www.kuim.edu.my/

Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya
Keputusan :

i. Menderma darah hukumnya harus.

ii. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam.

iii. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah tidak digalakkan.