Portal Pencarian & Koleksi berkaitan Fikah Perubatan

Posts in category Nota Kitab

Ubat Tidak Halal: Apa Yang Semua Orang Perlu Tahu…

HUKUM BERUBAT: Harus: ketika orang awam masih mampu menanggung kesakitan, dapat bersabar ataupun penyakit belum teruk. Wajib: wajib jika tidak mampu menanggung kesakitan yang dialami. Sunat: sekiranya berubat dengan niat mengikut sunnah Nabi Muhammad. Haram: pesakit beriktikad (percaya) yang menyembuhkan adalah selain Allah atau berubat dengan bahan yang haram.     Bila Ubat Tidak Halal […]

Konsep Perubatan Islam

Oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman Segala puji bagi Allah Rabb al-Alamin, ucapan selawat dan salam ke atas Nabi kita Muhammad sallaLahualaihiwasallam serta ke atas keluarga dan para sahabat sekaliannya. 1- Muqaddimah: Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah swt untuk manusia seluruhnya, adalah satu cara hidup yang sempurna, yang dapat memenuhi seluruh keperluan hidup […]

Panduan Ibadah Pesakit

Berikut adalah buku panduan ibadah pesakit yang telah dikeluarkan oleh Konsortium Hospital Islam Malaysia. Buku ini begitu menarik dengan ditunjukkan gambar-gambar bagaimana perlakuan ibadah dijalankan oleh orang sakit. anda boleh download buku tersebut dalam bentuk PDF. [klik sini] Sesungguhnya kewajipan menunaikan ibadah tidak terhenti walaupun dalam keadaan sakit. Hal ini perlu kita titipkan kepada semua […]

Isu-isu Perubatan Menurut Perspektif Hukum

Kemajuan dunia perubatan hari ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia sejagat. Banyak penemuan baru telah dicapai di dalam kaedah rawatan melalui pelbagai cara dan peralatan yang canggih. Ia  dianggap sebagai satu pencapaian yang gemilang dan bukti kebijaksaan manusia.  Dari sudut yang lain pula, pencapaian ini merupakan satu cabaran kepada para mujtahid yang […]

Darah Wanita & Kefardhuan Dari Sudut Fiqh

Larangan Keatas Perempuan Haidh 1. Solat. Masalah : i- Jika suci pada masa yang sempat serakaat sembahyang maka wajib ditunaikan solat tersebut dengan tiada khilaf. ii- Jika tidak sempat masa serakaat sembahyang maka qaul yang asah wajib ia qadha sembahyang tersebut bersama sembahyang sebelumnya yang harus jamak. iii- Jika datang haidh dalam waktu solat yang […]

Daruratnya Berubat

Daruratnya berubat, iaitu ketergantungan sembuhnya suatu penyakit pada memakan sesuatu dari barang-barang yang diharamkan itu. Dalam hal ini para ulama fiqih berbeza pendapat. Di antara mereka ada yang berpendapat, berubat itu tidak dianggap sebagai darurat yang sangat memaksa seperti halnya makan. Pendapat ini didasarkan pada sebuah hadis Nabi yang mengatakan: “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhanmu […]

Asal Setiap Sesuatu adalah Mubah (Harus)

DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahawa asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang haram, kecuali kerana ada nas yang sah dan tegas dari syari’ (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, iaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah –misalnya kerana ada sebahagian Hadis lemah– […]