Portal Pencarian & Koleksi berkaitan Fikah Perubatan

Posts in category Pelbagai

Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang)

Sumber: e-Fatwa Jakim Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:   Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang […]

The Prophet’s Guidance on Physical Activity

It is a fact that the body relies on food and drink for its survival. It is also a fact that the not all food and nourishment is digested when consumed. Rather, a part of it remains and as time goes by these substances accumulate in various qualities and quantities in the body. These accumulations […]

Isu-isu Perubatan Menurut Perspektif Hukum

Kemajuan dunia perubatan hari ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia sejagat. Banyak penemuan baru telah dicapai di dalam kaedah rawatan melalui pelbagai cara dan peralatan yang canggih. Ia  dianggap sebagai satu pencapaian yang gemilang dan bukti kebijaksaan manusia.  Dari sudut yang lain pula, pencapaian ini merupakan satu cabaran kepada para mujtahid yang […]

Daruratnya Berubat

Daruratnya berubat, iaitu ketergantungan sembuhnya suatu penyakit pada memakan sesuatu dari barang-barang yang diharamkan itu. Dalam hal ini para ulama fiqih berbeza pendapat. Di antara mereka ada yang berpendapat, berubat itu tidak dianggap sebagai darurat yang sangat memaksa seperti halnya makan. Pendapat ini didasarkan pada sebuah hadis Nabi yang mengatakan: “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhanmu […]

Asal Setiap Sesuatu adalah Mubah (Harus)

DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahawa asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang haram, kecuali kerana ada nas yang sah dan tegas dari syari’ (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, iaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah –misalnya kerana ada sebahagian Hadis lemah– […]

Bedah Siasat Mayat dan Perbincangan Sains

Oleh Salman Amiruddin Mukaddimah Dalam kepesatan dunia membangun samada dari segi pembangunan,ekonomi dan teknologi,masalah sosial juga turun meningkat di sebabkan tiadanya keseimbangan di antara kemajuan jasmani dan rohani. Perkara tersebut telah di gambarkan oleh Allah Taala di dalam Alquran dan menegaskan bahawa puncanya adalah perbuatan buruk daripada manusia itu sendiri. Firman Allah s.w.t: “Telah timbul […]

PENGGUNAAN NAJIS DALAM PERUBATAN

PENGGUNAAN NAJIS DALAM PERUBATAN Ahmad Muhaimin bin Mustapha Mukadimah Islam menganjurkan kepada umatnya kehidupan yang sihat dan menggalakkan supaya berubat apabila mengalami kesakitan. Ini sejajar dengan hadis nabi s.a.w yang berbunyi : [arabic text] Setiap penyakit itu ada ubatnya, jika tepat ubatnya maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah. Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, […]

Bersentuh lelaki semasa merawat pesakit

SoalanUstaz, Kami dari salah sebuah kolej agama yang mengikuti kursus kejururawatan, ingin meminta pendapat ustaz. Apakah pendapat ustaz tentang tugasan yang kami laksanakan kerana ianya melibatkan persentuhan kami dengan pesakit-pesakit lelaki diwad. Sedangkan kami bukan bermaksud untuk sengaja menyentuh mereka. Tetapi sudah menjadi tugas kami. -intan Jawapan Masalah yang saudari kemukakan adalah berkenaan dengan persentuhan […]

Pengurusan Uri Bayi

SoalanUstaz, Tolong nyatakan secara terperinci cara, bagaimana dan apa yang patut dilakukan serta hukum hukumnya tentang pembersihan dan penanaman “uri”.  -njens Jawapan Dalam masalah uri, walaupun tiada hukum khusus yang berkaitan dengannya, namun sebaliknya uri tersebut hendaklah dibersihkan dan kemudiaannya ditanam. Ini bertujuan mengelakkan ia dari dimakan binatang atau mendatangkan bau busuk. Wallahu a`lam –USTAZ […]