Sunday, May 19, 2013

Fekah Perubatan

Perbincangan mengenai fekah dan perubatan

Archive for the ‘Fatwa Semasa’ Category

Hukum Eutanasia atau Mercy Killing

Posted by admin On May - 26 - 2012
Keputusan:
mercy-killingMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Eutanasia atau Mercy Killing. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa menghentikan hayat hidup seseorang sebelum dia disahkan mati dengan menggunakan apa-apa cara dan bersandarkan kepada apa-apa alasan adalah haram dan dilarang oleh Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa perbuatan mempercepatkan kematian melalui amalan eutanasia (samada Eutanasia Voluntary, Non-Voluntary atau Involuntary) atau mercy killing adalah haram menurut Islam kerana ia menyamai perbuatan membunuh dan ianya juga bertentangan dengan Etika Perubatan di Malaysia.

buku-fekah-perubatan-webSumber: Bab 28 Fikah Perubatan oleh Dr Harmy Mohd Yusoff, Ustaz Syamsul Kamal Abdullah, Dr Rosediani Muhammad dan Wan Nor Ainon Wan Abdullah

Kita mengetahui asas perbahasan fuqaha perihal perkara-perkara yang menyebabkan batalnya puasa. Perkara-perkara baru dalam isu perubatan dirujuk kepada illah yang sudah dibentangkan bagi menentukan sama ada ia membatalkan puasa ataupun tidak. Hasilnya kaedah-kaedah rawatan moden berikut didapati tidak membatalkan puasa:

1.      Menggunakan titis telinga ataupun pencuci telinga. Menggunakan ubat titis mata dan ubat titis hidung ataupun semburan hidung, sekiranya dielakkan menelan ke halkum.

2.      Menggunakan ubat yang diletak di bawah lidah (sublingual) seperti tablet nitroglycerin (GTN) yang biasanya digunakan bagi merawat sakit jantung sekiranya dielakkan menelan hingga ke halkum.

3.      Memasukkan semua bentuk rawatan ke dalam faraj yang melibatkan kemasukan alat atau ubat seperti pencucian atau air mandian, suppositori, vaginoscope, spekulum ataupun jari doktor yang memeriksa pesakit (digital examination). Ini juga termasuk memasukkan uteroscope ataupun intrauterine contraceptive device (IUD atau IUCD) dan selainnya ke dalam rahim.

Read the rest of this entry »

pillUbat yang digunakan untuk merawat pesakit jantung yang sedang berpuasa tanpa dimasukkan melalui rongga anggota, tidak membatalkan puasanya dengan syarat diyakini air liurnya tidak masuk melalui rongga.

Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=50

thalassemia_heada) Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri.

b) Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.

c) Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk .

Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=135

Pelalian Rubela (imunisasi Rubela)

Posted by admin On July - 18 - 2011

imunisasiVaksin Rubela yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa ini tidak najis dan hukumnya harus digunakan untuk suntikan dalam badan bagi mencegah penyakit rubela.


Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=49

Pemisahan Rawatan “Brain Death”

Posted by admin On July - 18 - 2011

brainMemisahkan rawatan antara pesakit-pesakit yang telah kematian otak atau ‘brain death’ dengan pesakit-pesakit yang masih mempunyai peluang untuk dipulih di Unit Rawatan Rapi adalah tidak bercanggah dengan Islam.

Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=47

Post-mortem Mayat

Posted by admin On July - 18 - 2011

bedahsiasatPembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau simati tertelan benda yang berharga atau simati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup.


Sumber    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lokasi    http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=43

Fatwa Mengenai Pendermaan Organ

Posted by admin On July - 18 - 2011

Isu :
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Islam Sarawak oleh subseksyen (3) seksyen 38 Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan), Majlis telah, melalui Jawatankuasa Fatwa yang telah sebulat suara meluluskan satu fatwa dan berikutan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa itu, yang bertindak bagi pihak dan atas nama Majlis, telah mengeluarkan fatwa itu mengikut subseksyen (2) seksyen 37 Ordinan itu, membuat pemberitahuan ynag berikut :

renal-transplant1. Pemberitahuan ini bolehlah dinamakan Pemberitahuan Majlis Islam (Fatwa mengenai Pendermaan Organ), 1996, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 haribulan Januari 1997.

2. Fatwa yang berikut mengenai pendermaan organ hendaklah terpakai bagi, dan terikat kepada, semua orang Islam di Sarawak :

Fatwa :

‘Bahawa pendermaan organ ginjal atau buah pinggang kepada pesakit buah pinggang adalah harus tertakluk kepada syarat-syarat seperti organ ginjal atau buah pinggang itu semata-mata untuk berubat; dan (d) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli’

Sumber    Ahli Lembaga Jawatankuasa Negeri Sarawak

cowJawapan

1. Hormon FSH-P (Otak Babi) iaitu bahan penggalak yang diperolehi daripada otak babi adalah najis mughallazah dan haram digunakan dalam apa juga bentuk sekalipun sama ada untuk tujuan pembiakan dan sebagainya. Pengharaman ini berasaskan kepada syubhah dan saddudhara’i.

2. Anak-anak binatang ternakan yang dihasilkan pembiakannya daripada FSH-P (Otak Babi) adalah diharamkan daripada dimakan daging dan susunya.

3. Pihak yang berkenaan khususnya Jabatan Haiwan di seluruh negeri hendaklah berhenti serta-merta daripada melakukan amalan penyuntikan hormon FSH-P tersebut kepada binatang ternakan yang halal untuk tujuan pembiakan dan sebagainya.


Sumber    Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang
Lokasi    http://www.kuim.edu.my/

blood-donor-webKeputusan :

i. Menderma darah hukumnya harus.

ii. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam.

iii. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah tidak digalakkan.