Rombongan Perubatan dan kemanusiaan Yayasan
Amal Malaysia (Amal) telah berjaya mencapai objektif. Rombongan tersebut yang
telah diketuai oleh Presiden Amal Malaysia, En Hussin Ismail. Turut serta
dalam rombongan kali ini adalah Ustaz Abu Bakar Chik yang juga selaku penasihat
Amal Malaysia. Rombongan seramai 16 orang ini telah bertolah dari KLIA Sepang
pada pagi 7hb Disember 2007. Seramai Lima orang Pegawai Perubatan, 3 orang
Paramedik dan selebihnya adalah relawan. Misi tersebut telah berjaya melepasi
jurang bangsa dan warna kulit kerana telah membawa mesej ukhuwwah kepada
mangsa-mangsa ribut taufan Sidr yang telah
melanda Baratdaya Bangladesh 15hb November lalu.
Taufan Sidr yang telah melanda
Bangladesh meragut lebih dari 3000 nyawa dan mengakibatkan 300000 lagi
hilang tempat berlindung. Sidr, adalah taufan bertahap 4 yang melanda Baratdaya
Bangladesh sekitar 9.45 petang waktu tempatan, 15hb November 2007. Kelajuan
angin 240 kph (150 mph), telah menyebabkan banjir kilat selama 5 jam
dikawasan lembah Bengal tersebut.
Kerajaan Bangladesh menganggarkan 360,000 orang akan
kehilangan tempat tinggal. people have been left homeless. Mereka juga
kekurangan sumber air bersih, makanan dan bantuan perubatan. Serangan taufan ini
juga memusnahkan mata pencarian nelayan sekitar Kepulauan Dublar Char dan
para petani Lembah Benggal.
Rombongan Kemanusiaan dan Perubatan Amal Malaysia telah
disambut oleh Islamic Aid Bangladesh yang berpusat di Dacca.
Segala urusan penginapan, pengangkutan dan makan
diuruskan oleh mereka. Amal juga bertuah kerana Dr Rosli Yaakub menyambut
ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Zia.
Bantuan perubatan telah dijalankan di
Serongkhola dan Mongla. Kami terpaksa menutup kaunter rawatan terlebih awal
kerana kesuntukan masa dan jumlah pesakit terlalu ramai, melebihi 500 orang.
Segala bekalan perubatan telah dibekalkan oleh Yayasan Amal dan Gombak Medical
Centre (GMC).
Pengerusi Amal
Malaysia, En Hussin Ismail, berkata, rombongan kemanusiaan ini telah berjaya
merawat mangsa Taufan Sidr di kawasan terpencil Baratdaya Bangladesh. Antara
masalah yang menjadi rungutan mangsa adalah ketiadaan sumber air yang bersih,
tiada pasukan perubatan yang merawat, tiada tempat tinggal dan kekurangan
makanan. Walaupun kehadiran Amal dengan membawa sumbangan yang kecil, tetapi
ianya telah boleh memberi nafas lega kepada mangsa yang terkena taufan tersebut.
Sehubungan dengan itu Amal telah bersedia untuk membantu dari sudut keewangan
dengan membekalkan sumber air bersih melalui pemasangan paip bawah tanah. Kos
pembinaan adalah 12000 Taka (RM600) seunit. Amal, dengan bantuan Islamic Aid
Bangladesh akan menyediakan prasarana tersebut sedikit masa lagi. Selain dari
itu Amal juga besetuju untuk membangunkan masjid di salah satu sekolah tahfiz
yang berada di Begardhad. Kos pembinaan masjid tersebut adalah 200000 Taka
(RM10000). Bantuan ini akan disalurkan melalui misi kedua Amal ke Bangladesh
atau melalui salauran yang sedia ada, Islamic Aid Bangladesh.
Amal Malaysia masih lagi menerima
sumbangan dari orang ramai melalui:
YAYASAN AMAL MALAYSIA (AMAL) - International Account 001-057884-021